the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fadillah : Integriti mahkamah perlu dilindungi untuk tingkat keyakinan pelabur

KUALA LUMPUR: Kebebasan dan integriti mahkamah perlu dilindungi oleh semua pemegang taruh dalam apa jua keadaan sepanjang masa, agar negara dapat meningkatkan keyakinan pelabur di peringkat global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (gambar).

Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus memberi sokongan dalam memastikan badan kehakiman kekal bebas, dengan semua kes di mahkamah dibicarakan secara saksama tanpa sebarang bentuk campur tangan daripada pihak eksekutif.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian semasa berucap pada sesi Perbincangan Panel dan Pelancaran Buku Rayuan Sivil dan Jenayah di Malaysia (edisi keempat), di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) di sini hari ini.

“Walaupun saya meninggalkan profesion guaman bertahun-tahun yang lalu untuk menceburi politik, saya amat menjunjung tinggi betapa pentingnya pentadbiran sistem keadilan di negara kita dan kedaulatan undang-undang untuk masyarakat adil dan teratur, yang akan memastikan undang-undang diguna pakai secara saksama,” katanya.

Beliau seterusnya mengucapkan tahniah kepada pengarang buku setebal 1,200 muka surat yang dilancarkan hari ini, Tan Kee Heng, atas legasinya kepada kelompok persaudaraan undang-undang dan komuniti kehakiman melalui bahan penerbitan berkenaan, yang merangkumi semua hierarki mahkamah dalam rayuan sivil dan jenayah.

“Saya percaya kelompok persaudaraan undang-undang dan badan kehakiman akan menghargai usaha gigih dan dedikasi penulis dari Sarawak ini terhadap penerbitan buku yang akan membolehkan pembaca memahami amalan rayuan berkaitan bidang undang-undang dalam negara,” katanya.

Beliau berkata buku itu juga boleh memberi inspirasi kepada kelompok generasi baharu dalam bidang undang-undang untuk mendekati profesion mereka dengan lebih tekun dan berintegriti demi kepentingan masyarakat secara keseluruhan.

Tan merupakan peguam bela Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak yang telah aktif dalam amalan guaman selama kira-kira 25 tahun.

Antara yang turut hadir ialah Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan, serta hakim Mahkamah Tinggi dan pesuruhjaya kehakiman. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings