the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
33.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis sahkan kematian kanak-kanak autisme di taman tasik rekreasi tiada unsur jenayah

KUALA LUMPUR: Polis tidak menemukan sebarang unsur jenayah dalam kes kematian seorang kanak-kanak lelaki yang ditemukan lemas di sebuah taman tasik rekreasi di Sea Park, Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata hasil bedah siasat yang dijalankan Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh hari ini mendapati tiada kesan kecederaan atau penderaan pada anggota badan mangsa yang berusia lima tahun.

“Doktor mengklasifikasikan punca kematian mangsa adalah mati lemas dan siasatan di lokasi kejadian tidak menjumpai sebarang unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut namun Shahrulnizam berkata pihaknya meneruskan siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian dan kecuaian oleh penjaga.

Shahrulnizam berkata pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan mangsa yang juga merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) autisme kira-kira 6.30 petang semalam.

Beliau berkata mangsa dikatakan hilang ketika bermain di kawasan rekreasi terbabit bersama kembarnya sementara bapa mangsa didakwa tertidur semasa sedang memerhatikan anaknya.

Beliau berkata mayat mangsa kemudiannya ditemukan terapung di permukaan tasik iaitu kira-kira empat meter dari tebing tasik pada 6.50 petang oleh orang awam. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings