the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua individu bertengkar sebelum melecur dalam kebakaran dua kenderaan

IPOH: Polis sedang menyiasat kejadian seorang lelaki warga emas dan wanita yang melecur dalam kebakaran dua kenderaan dipercayai selepas bertengkar di kawasan perumahan di Taman Utama Bercham di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata pihaknya menerima panggilan orang awam yang memaklumkan kebakaran melibatkan sebuah kereta dan motosikal serta dua mangsa berusia 67 dan 54 tahun pada kira-kira 10.18 pagi.

“Bertindak atas maklumat, pihak polis dengan dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat telah pergi ke tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati terdapat sebuah kereta dan sebuah motosikal dalam keadaan hangus terbakar di hadapan rumah.

“Sebelum kebakaran berlaku, seorang saksi mendengar pertengkaran di antara kedua-dua mangsa dan apabila keluar dari rumah, dapati kebakaran telah berlaku dan kedua-dua mangsa sudah terbakar,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kedua-dua mangsa mengalami kecederaan kesan lecur dan dalam keadaan tidak sedarkan diri di zon merah Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan keterangan saksi-saksi terlibat akan dirakam percakapan bagi siasatan lanjut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, ASP Fadli Ahmad dengan menghubungi talian 019-2500019 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Terdahulu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya tiba di lokasi pada 10.28 pagi dan mengambil masa selama lima minit untuk memadamkan kebakaran yang membabitkan kedua-dua kenderaan.

Katanya punca kejadian masih belum dikenal pasti namun kedua-dua mangsa yang melecur hampir keseluruhan badan berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital berkenaan untuk menerima rawatan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings