the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPKT perbanyak taman awam, perkasa daya huni bandar

KERTEH: Kerajaan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa menumpukan kepada usaha memperkasakan daya huni bandar yang merupakan instrumen penting dalam menentukan keselesaan persekitaran kehidupan penduduk.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming (gambar) berkata sehubungan itu, KPKT melalui Jabatan Landskap Negara (JLN) telah membangunkan 60 taman awam di seluruh negara bagi menyediakan ruang rekreasi kepada masyarakat di setiap bandar, setakat Disember tahun lepas.

“Pertambahan jumlah penduduk terutama di kawasan perbandaran telah meningkatkan keperluan ruang hijau sebagai medium interaksi sosial, terapi dan ketenangan serta untuk tujuan rekreasi.

“Oleh itu, Program Pembangunan Taman Awam yang dibangunkan ini telah berjaya mengekal dan menambah kawasan hijau atau “green lung” di kawasan bandar dan kawasan berkepadatan penduduk,“ katanya ketika berucap merasmikan Taman Awam Kuala Kerteh di sini hari ini.

Nga juga turut mengulangi hasrat KPKT yang menyasarkan untuk membina 100 Taman Komuniti MADANI di seluruh negara menerusi JLN dan Jabatan Kerajaan Tempatan, pada tahun ini.

Berkaitan 60 taman awam yang dibina, Nga berkata kerajaan telah membangunkan empat taman awam di Terengganu iaitu Taman Awam Batu Buruk dan Taman Tasik Lagun Kuala Ibai di Kuala Terengganu, Taman Awam Teluk Gadung di Dungun dan terbaharu Taman Awam Kuala Kerteh, di sini.

Berkeluasan hampir sembilan hektar, Taman Awam Kuala Kerteh itu siap dibina pada 27 Okt 2023 melibatkan kos hampir RM17 juta.

Nga berkata taman awam keempat di Terengganu itu direka bentuk secara in-house oleh Arkitek Landskap daripada JLN dengan menerapkan konsep eksplorasi visual dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk menara pandang, padang serbaguna dan dewan terbuka bagi manfaat 226,600 penduduk di daerah Kemaman.

Beliau berkata kerajaan juga telah membangunkan dua projek naik taraf taman awam iaitu Projek Landskap Perbandaran Dungun dan Projek Pemuliharaan Habitat Kunang-Kunang di Sungai Yak Yah, di sini yang kini dalam penyediaan Pelan Induk Landskap menerusi peruntukan lebih RM56 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

Pada majlis berkenaan, Nga turut menyerahkan peruntukan RM12.32 juta kepada Terengganu bagi Projek-Projek Kecil Tahun 2024 melibatkan kerja pembinaan taman awam, pelan induk landskap, landskap perbandaran serta pemuliharaan dan pemulihan landskap. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings