the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PRK KKB: Larangan berpolitik di masjid, surau masih berkuat kuasa – JAIS

SHAH ALAM: Semua penjawat awam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) termasuk pegawai masjid dan surau, guru serta Penolong Pendaftar Perkahwinan diingatkan supaya mematuhi ketetapan dan arahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang melarang masjid dan surau dijadikan tempat berpolitik.

Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata hal ini kerana larangan berkenaan seperti yang dititahkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini, masih berkuat kuasa.

Beliau berkata larangan itu turut termasuk sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) yang sedang berlangsung.

“Pegawai masjid, pentadbir surau dan ketua guru bertanggungjawab terhadap premis yang berada di bawah kawalannya dengan melaksanakan amanah ini dengan jujur dan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh sebarang sentimen politik kepartian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Shahzihan berkata sekiranya tidak dipatuhi, mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 12 (a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 serta Peraturan-Peraturan Masjid dan Surau (Negeri Selangor) 2017.

“JAIS juga akan merujuk Garis Panduan Perlantikan, Penyambungan dan Penamatan Tauliah Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, Dan Ruju’ Orang Islam Negeri Selangor dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Selangor (Kelakuan Dan Tatatertib) (Pindaan) 2006 bagi diambil tindakan,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Telematics for commercial vehicles to be phased in from 2026

Transport Minister Anthony Loke announces a phased telematics system for commercial vehicles from 2026 to 2028, starting with voluntary adoption and moving towards mandatory use.

Afogreen Build Highlights Growing Adoption of Building Performance Modelling in Australia’s Sustainability-Driven Construction Sector

SYDNEY, AUSTRALIA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As sustainability requirements and operational performance expectations evolve, building performance modelling is becoming increasingly important across Australia's construction sector.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings