the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MWC Barcelona: Syarikat telco, agensi Malaysia meterai sembilan MoU pada hari pertama

BARCELONA: Sebanyak sembilan Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai membabitkan syarikat telekomunikasi dan agensi di Malaysia pada hari pertama Mobile World Congress Barcelona 2024 (MWC2024) yang bermula di sini semalam.

Pemeteraian itu disaksikan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil (gambar) di Pavilion Malaysia yang merangkumi kerjasama dalam bidang seperti kecerdasan buatan (AI), 5G dan teknologi lanjutan 5G dan keselamatan siber.

Antaranya kerjasama Huawei dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang bertujuan memupuk inisiatif pembangunan bakat dalam industri komunikasi dan multimedia selain menjalankan penyelidikan bersama yang berkaitan dalam bidang itu.

Selain itu, CyberSecurity Malaysia (CSM) dan CTM360 W.L.L, sebuah firma keselamatan siber terkenal dalam pengurusan ancaman merentas pelbagai platform laman sesawan, telah mencapai kata sepakat untuk bekerjasama dalam memerangi ancaman siber di Malaysia selain berkongsi risikan ancaman.

Tujuh lagi MoU yang dimeterai ialah U Mobile dengan ZTE, U Mobile dengan CelcomDigi, Maxis dengan Huawei, Maxis dengan Dell Technologies, Maxis dengan Nokia serta ITCO Niaga dengan Ausonia S.r.l.

Fahmi telah meluangkan masa pada hari kedua kongres untuk melawat pavilion beberapa rakan strategik terbabit dan dijangka menyaksikan pertukaran kira-kira 15 lagi MoU membabitkan syarikat serta agensi telekomunikasi Malaysia sepanjang empat hari MWC2024 berlangsung.

Terdahulu, Fahmi yang mengetuai delegasi Malaysia ke kongres itu telah mengunjungi pavilion beberapa pemain industri terkemuka termasuk Huawei, Ericsson, Nokia dan ZTE. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings