the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Aafiyah, Afwa pendorong Siti Nurhaliza bantu rakyat Palestin di Rafah

KUALA LUMPUR: Simpati dengan nasib kanak-kanak Palestin serta tidak dapat membayangkan sekiranya dua cahaya matanya berada dalam situasi sama, mendorong penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin untuk meneruskan sumbangan kepada rakyat di bumi bergolak itu.

Pengasas dan Pengerusi bersama Yayasan Nurjiwa yang juga ibu kepada dua anak Siti Aafiyah Khalid, 6, dan Muhamad Afwa Khalid, 3, berkata naluri keibuannya meruntun apabila melihat kebanyakan korban terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak tidak berdosa.

“Saya seorang ibu yang mempunyai anak. Jadi bila tengok budak kecil macam itu mengingatkan saya pada Afwa dan Aafiyah. Saya terbayang kalau mereka berada di tempat itu macam mana, memang automatik saya cepat menangis kalau benda melibatkan anak-anak,” katanya kepada pemberita di Majlis Iftar dan Penyampaian Sumbangan Nurjiwa Prihatin di sini.

Siti Nurhaliza berkata penglibatan secara terus dalam menyampaikan sumbangan membuatkan beliau rasa lebih dekat dengan mereka yang kini berlindung di Rafah, selain turut bersedih apabila memikirkan nasib anak-anak Palestin terutama yang belajar di sekolah Afwa Al- Afiyah di Selatan Gaza.

“Mungkin bagi orang yang tidak terlibat mereka tidak begitu terasa, benda itu tidak masuk dalam kepala, tetapi tidak bagi saya. Setiap hari saya tanya orang di sana selamat ke tidak, takut kena bom dan sebagainya,” katanya.

Mengenai sumbangan yang disalurkan melalui Yayasan Nurjiwa, Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur kerana kutipan diterima dapat membantu 10,000 mangsa perang yang kini berlindung di Rafah.

“Sebenarnya yang duduk di Rafah itu ramai sangat tetapi kita hanya mampu beri makanan kepada 10,000 orang. Saya nak cakap terima kasih kepada penderma-penderma iaitu rakyat Malaysia…selain makanan, ada yang bagi pakaian juga sebab mereka dalam musim sejuk,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bracell welcomes Fernando Branco’s appointment to lead ABAF and reinforces commitment to sustainable forestry...

Bracell has welcomed Fernando Branco's appointment as ABAF president, reaffirming its commitment to sustainable forestry, responsible governance and environmental stewardship while supporting collaboration, biodiversity conservation and long-term development of Bahia's forestry sector.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings