the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis Melaka bekerjasama dengam MAIM pantau kegiatan Mawla Amin

MELAKA: Polis Melaka akan bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dalam memantau kegiatan seorang lelaki dipercayai warga Maghribi yang dikenali dalam kalangan pengikutnya sebagai Mawla Mohamed Amin al-Hassani atau Mawla Amin.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata walaupun setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berhubung kegiatan individu yang mengaku berada dalam jalur keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW itu, namun pemantauan rapi tetap dilakukan.

“Kita akan jalankan siasatan yang rapi terhadap kumpulan ini dan apa-apa tindakan selepas ini bergantung kepada maklumat yang kita peroleh,” katanya kepada pemberita selepas sidang media berkaitan rampasan dan tangkapan dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini hari ini.

Mengulas mengenai individu yang didakwa bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menjual tanah seluas 11 hektar di Melaka untuk pembinaan perkampungan ‘Kerajaan 9’ bagi aktiviti kumpulan itu, Zainol berkata pihaknya sedang mengenal pasti lokasi tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

Media sebelum ini melaporkan seorang mudir sebuah madrasah di Selangor dikatakan aktif mempromosikan kumpulan itu termasuk didakwa mengutip dana awam secara tidak sah sebagai persiapan akhir zaman termasuk membeli sebidang tanah seluas 11 hektar di Melaka untuk membina perkampungan. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings