the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kadar kerosakan infrastruktur akibat banjir gelombang ketiga sedang dinilai – Ahmad Samsuri

MARANG: Kadar kerosakan infrastruktur akibat banjir di Terengganu pada akhir tahun lepas adalah jauh lebih kecil berbanding sebelum ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Tanpa mendedahkan butiran kerugian berkenaan, beliau berkata pihaknya juga mengenal pasti bencana itu hanya menyebabkan kerosakan kecil terhadap sektor pertanian dan penternakan.

“Untuk gelombang baharu ini kita belum ada lagi jumlah kerosakan, namun ia jauh lebih kecil berbanding banjir sebelum ini.

“Kerajaan negeri juga masih mengumpul bilangan keluarga yang mengalami kerosakan pada kediaman mereka. Kalau tak silap saya tak lebih 1,000 keluarga,“ katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Geran Hak Milik 5A Dewan Undangan Negeri (DUN) Ru Rendang di sini hari ini.

Menurut Ahmad Samsuri kerajaan negeri bersama-sama Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu sedang menyelaraskan bantuan yang sesuai kepada mangsa mengikut keperluan masing-masing.

“Bantuan ini tidak sama sebab kerosakan yang dialami itu pelbagai. Ada yang perlukan bantuan kayu, bata dan atap zink. Itu sedang diuruskan kerajaan ketika ini,“ katanya.

Fenomena Monsun Timur Laut sejak November 2023 menyaksikan Terengganu telah dilanda tiga gelombang banjir pada akhir tahun lepas, dengan gelombang terakhir pada 23 hingga 31 Dis membabitkan kesemua lapan daerah. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

18 women coaches join Fifa scholarship programme

A total of 18 women coaches from across Malaysia have been selected for the Fifa Coaching Education Scholarship Programme to strengthen women's football coaching development

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings