the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Amirudin: Kerajaan Selangor rangka strategi giatkan pendaftaran PADU, pastikan tiada keciciran

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan merangka strategi ke arah mempergiatkan usaha meningkatkan bilangan penduduk negeri itu berdaftar dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU), kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari (gambar).

Beliau berkata selain akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Ekonomi, kerajaan negeri sedang meneliti beberapa cadangan antaranya melalui pendaftaran dari rumah ke rumah oleh sukarelawan di lapangan.

“Setakat ini kita sudah pergiatkan usaha pendaftaran dalam kalangan penjawat awam, manakala bagi orang awam, kita membuka kaunter pendaftaran PADU di setiap program anjuran kerajaan negeri.

“Saya akan lihat semula apa nilai tambah yang boleh dibuat bagi memastikan rakyat negeri ini tidak tercicir daripada menerima bantuan subsidi bersasar disediakan kerajaan,“ katanya ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Yayasan Hijrah Selangor dan Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) di sini hari ini.

Semalam, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dilaporkan berkata Selangor bakal menjadi negeri yang mempunyai isu keciciran bantuan subsidi bersasar tertinggi susulan ramai penduduk di negeri berkenaan tidak mendaftar PADU.

Amirudin berkata kepadatan penduduk yang tinggi serta kekosongan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung yang masih belum dilantik merupakan antara faktor menyumbang kepada kadar pendaftaran PADU yang kurang menggalakkan di Selangor.

Untuk itu, katanya beliau akan berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah serta Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Datuk Megat Zulkarnain Omardin bagi menyelesaikan urusan pelantikan ketua komuniti dengan segera.

“Kami memerlukan sedikit masa dan jika pelantikan ketua komuniti ini dapat diselesaikan, ia pasti akan membantu dalam urusan mendaftarkan penduduk di bawah kariah masing-masing ke dalam sistem PADU,“ katanya.

Berhubung MoU itu, Amirudin berkata perjanjian tersebut membolehkan pihak AKPK membantu usahawan yang terjejas untuk menyelaras semula bayaran balik pinjaman Hijrah Selangor melalui ‘Debt Management Programme’.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor Datuk Mearia Hamzah berkata bagi fasa satu pelaksanaan program itu, sebanyak 1,000 akaun pembiayaan yang tertunggak dengan anggaran nilai keseluruhan RM12 juta akan diserahkan kepada AKPK untuk penyelarasan bayaran balik pinjaman serta memastikan pengurusan kewangan kembali ke landasan yang betul.

“MoU ini turut melibatkan pelaksanaan pendidikan kewangan, latihan dan pembangunan diri turut termeterai dalam MoU ini dan AKPK juga akan menyediakan latihan pendidikan kewangan melalui modul kewangan bagi tujuan pensijilan, terutamanya dalam bidang pengurusan kewangan dan kredit,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Axis-REIT to acquire City-Link’s Bandar Saujana Putra distribution hub for RM128m

The RM128mil acquisition deepens Axis-REIT's exposure to Malaysia's growing logistics and industrial sector, buoyed by e-commerce expansion and rising demand for last-mile delivery. For City-Link Express, the sale-and-leaseback unlocks capital from a mature asset to fund technology, network and talent investments — while keeping the site as its operational headquarters.

EVB Successfully Concludes Power2Drive Europe 2026 With Advanced EV Charging Solutions

MUNICH, GERMANY - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 - EVB successfully concluded its June 23–25 exhibition at Power2Drive Europe 2026 at Messe München, where it connected with global industry professionals and highlighted its latest EV charging, energy storage, and power management solutions for cleaner, smarter, and more efficient energy systems.

Trashure Hunt Opens at Raffles City, Turning Singapore’s Waste Challenge Into Public Art

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Trashure Hunt 2026 will open its award ceremony and public exhibition this Saturday, 27 June, at Raffles City Shopping Centre, inviting Singaporeans to see how discarded materials can be transformed into artworks that spark practical conversations on waste, recycling and climate action.

ISCA Will Lead Singapore’s Accountancy Profession March In NDP 2026 For The First Time

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - For the first time, Singapore's accountancy profession will be represented in the National Day Parade (NDP), as the Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) leads a civilian marching contingent made up of accountants, aspiring Chartered Accountants, students, educators and partners from across the profession.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings