the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
27.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

GEG: CAP minta kerajaan tubuh RCI siasat pemain industri tembakau, vape

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) meminta kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat pengaruh wakil industri tembakau dan vape yang didakwa melobi mengecualikan peruntukan Generasi Penamat Rokok (GEG) dalam Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023.

Presiden CAP Mohideen Abdul Kader berkata ia susulan pendedahan Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni pada Khamis lepas bahawa peruntukan tersebut gagal ekoran pengaruh lobi oleh wakil industri berkenaan.

Beliau berkata tindakan pemain industri tembakau dan vape itu bukan hanya melanggar Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi Kawalan Tembakau (FCTC), malah mencemarkan kemuliaan Parlimen sebagai tempat undang-undang digubal demi kepentingan negara.

“Selanjutnya kami menggesa Parlimen untuk meminda Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023 bagi mengembalikan semula komponen GEG tanpa sebarang penangguhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khamis lepas Lukanisman memberitahu Dewan Rakyat yang pelobi bertemu secara langsung dengan Ahli Parlimen sebelum perbahasan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023 mengenai langkah GEG yang bertujuan mewujudkan generasi masa depan yang bebas rokok. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Asean may consider adjustments to Myanmar peace framework: Foreign Minister

Asean may consider adjustments to the Five-Point Consensus (5PC) if necessary in order to break the long-standing deadlock in Myanmar, Foreign Minister Datuk Seri Mohamad Hasan told the Dewan Rakyat.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings