the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
30.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM sampaikan sumbangan kepada Sarimah Ahmad, Dharma Harun

KUALA LUMPUR: Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi semalam menziarahi seniwati Datuk Sarimah Ahmad dan seniman Dharma Harun Al-Rashid.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu hantaran menerusi Facebook hari ini berkata kedua-dua figura yang pernah terkenal di pentas layar perak negara menerusi karya masing-masing, kini diuji dengan musibah penyakit yang amat mengesankan.

“Dalam pertemuan ini, saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya bagi membantu urusan harian dan perubatan mereka.

“Saya mendoakan mereka berdua dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta, insya-Allah,“ katanya.

Media sebelum ini melaporkan Sarimah, 82, antara pelakon legenda filem klasik dengan membintangi filem seperti Ali Baba Bujang Lapok, Madu Tiga, Ibu Mertuaku, dan Tiga Abdul pernah menghidap kanser usus tahap tiga pada 2022 dan kini, bebas dan pulih daripada penyakit itu selepas menjalani pembedahan.

Dharma Harun, 68, pula yang terkenal menerusi filem Adik Manja masih mengalami beberapa kesan sampingan seperti kesukaran bertutur dan mengingati sesuatu termasuk menghidap asma selepas diserang angin ahmar empat tahun lepas. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Novum Studio Secures New Funding to Launch Ahoy Project, an AI-Native Enterprise Transformation Platform,...

NEW YORK, USA - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Novum Studio, the company behind Frog - a Gen Z social app often described as a "new-generation Snapchat" - said it has raised a new round of funding and will use the proceeds to launch Ahoy Project, an AI-native enterprise communication and collaboration platform, with internal testing scheduled for July 2026.

Shorter Trips, More Meaningful Experiences: OZO Taps into the Rise of Micro-trips Across Asia-Pacific

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - As travellers across Asia-Pacific increasingly look for greater flexibility and balance in the way they travel, shorter and more frequent getaways are becoming a popular alternative to waiting for one long annual holiday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings