the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, October 15, 2026
32.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Inkues Zara Qairina: Tiada unsur mencurigakan, kata IO

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

Pegawai penyiasat memberitahu Mahkamah Koroner siasatannya tidak menemukan sebarang unsur mencurigakan dalam kematian Zara Qairina di Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Pegawai Penyiasat kes Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner hari ini bahawa siasatannya tidak menemukan sebarang unsur mencurigakan berhubung insiden yang membawa kepada kematian pelajar itu.

Inspektor Wong Yew Zhung, saksi ke-83 prosiding inkues kematian Zara Qairina berkata kesimpulan itu dibuat berdasarkan hasil siasatan di tempat kejadian, semakan terhadap diari pelajar tersebut dan hasil pemeriksaan perubatan.

Beliau berkata penemuan akhir juga menunjukkan tiada kecederaan lain ditemukan pada pelajar itu selain kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi.

“Pada pendapat saya, dalam akhir siasatan saya pun, tiada keadaan mencurigakan,” katanya ketika menjawab soalan peguam Shahlan Jufri yang mewakili ibu Zara Qairina dalam prosiding di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan di sini hari ini.

Shahlan sebelum itu bertanya sama ada bedah siasat sepatutnya dijalankan sekiranya sesuatu kematian dianggap mencurigakan, mengambil kira keadaan Zara Qairina yang ditemukan tidak sedarkan diri di aras bawah asrama sebelum meninggal dunia.

Shahlan turut merujuk keadaan Zara Qairina yang dikatakan menangis selepas berjumpa pelajar senior di sebuah bilik asrama selain tiada pelajar atau saksi melihat bagaimana remaja itu terjatuh sebelum ditemukan.

Wong berkata proses bedah siasat perlu dijalankan sekiranya sesuatu kematian mencurigakan untuk mengenal pasti punca kematian, namun dalam kes Zara Qairina, hasil pemeriksaan doktor dalam bedah siasat turut menunjukkan tiada kecederaan lain selain jatuh dari tempat tinggi.

“Walaupun selepas proses bedah siasat, keputusan (tentang punca kematian) masih tetap sama,” katanya.

Wong berkata beliau menerima arahan berhubung keperluan menjalankan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian, namun borang berkaitan tidak dikeluarkan pada ketika itu berikutan keengganan keluarga terhadap prosedur tersebut.

Dalam prosiding semalam, Wong memberitahu Mahkamah Koroner bahawa ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat tidak mahu bedah siasat dilakukan terhadap anaknya walaupun telah dimaklumkan dan diberikan penjelasan sebanyak dua kali berhubung perkara itu.

Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai 2025, sehari selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran longkang asrama sekolahnya pada awal pagi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Sandakan residents urge action over illegal vehicle activities, noise

Residents in Sandakan are calling for sustained enforcement against illegal vehicle activities, excessive noise and reckless driving along Jalan Bandar Utama 1, warning that repeated disturbances and dangerous behaviour could lead to a serious accident.

Most Viewed

spot_img