the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SPRM tahan pengurus besar lembaga pertubuhan di Terengganu luluskan tuntutan palsu

KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengurus besar lembaga pertubuhan di Terengganu atas dakwaan menyalahgunakan jawatannya dengan meluluskan tuntutan bayaran bagi pembelian pukat dan racun serangga dengan beliau mempunyai kepentingan dalam urusan tersebut.

Sumber memaklumkan dalam satu operasi yang dilaksanakan oleh SPRM Terengganu mendapati lelaki tersebut disyaki menggunakan isterinya dengan mengemukakan invois syarikat yang palsu dan melakukan perbuatan tersebut sejak tahun 2018 lagi.

Suspek yang berusia lingkungan awal 50-an telah ditahan di pejabatnya di Terengganu hari ini dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu esok bagi mendapatkan permohonan reman.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009 dan siasatan menyeluruh akan dijalankan. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings