the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Peniaga dalam talian rugi lebih RM70 ribu jadi mangsa pelaburan tidak wujud

KUANTAN: Seorang peniaga dalam talian mendakwa kerugian RM70,822 selepas menyertai pelaburan tidak wujud yang diketahuinya menerusi aplikasi WhatsApp, minggu lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa yang berusia 38 tahun mendakwa menerima pesanan WhatsApp itu pada 10 Jan lepas, kononnya melibatkan pelaburan berkaitan bitcoin.

“Mangsa mendakwa tertarik dengan tawaran itu kerana menawarkan pulangan lumayan menyebabkan dia mengeluarkan wang simpanan dan menghubungi suspek, yang mengarahkannya membuat 25 transaksi pemindahan wang dalam talian ke tujuh akaun bagi tujuan itu,“ katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Yahaya berkata mangsa menyedari ditipu selepas tidak menerima sebarang pulangan menyebabkan dia membuat laporan di balai polis di Cameron Highlands semalam.

Beliau menasihatkan orang ramai berwaspada dan tidak terpengaruh dengan skim pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat selain menyemak nombor akaun dan nombor telefon di https://semakmule.rmp. gov.my sebelum membuat transaksi. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings