the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Peniaga kedai runcit rugi hampir RM1 juta diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon

ALOR GAJAH: Seorang peniaga kedai runcit kerugian RM922,300.87 akibat diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon atau ‘phone scam’ yang menyamar sebagai polis, bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Arshad Abu berkata mangsa yang merupakan lelaki berusia 50-an itu menerima panggilan telefon daripada seorang suspek menyamar sebagai Sarjan Tan yang mendakwa merupakan anggota polis Perak pada awal Disembar tahun lepas.

“Suspek yang tinggal di Simpang Ampat mendakwa terdapat kes melibatkan pengurus sebuah bank yang telah berhenti kerja, telah melakukan aktiviti penipuan menggunakan akaun bank mangsa.

“Mangsa bagaimanapun menafikan terlibat dalam kes tersebut namun Sarjan Tan telah meminta lelaki terbabit mengikut arahannya sekiranya tidak mahu ditangkap,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata antara arahan suspek ialah mangsa diarah meninggalkan kad bank ATM dan nombor akaun bank miliknya tanpa perlu berjumpa dengan suspek di sebuah lokasi di Simpang Ampat di sini pada 20 Dis tahun lepas.

Katanya, pada 3 Jan lepas, mangsa telah diarahkan membuka cek bank atas nama sebuah syarikat suspek berjumlah RM420,000 dan memasukkan cek berkenaan ke dalam mesin cek sebuah bank di daerah itu.

Arshad berkata enam hari kemudian, ketika membuat semakan akaun bank mangsa di cawangan bank berhampiran, lelaki berkenaan mendapati terdapat beberapa transaksi pemindahan wang dari akaunnya ke akaun yang tidak dikenali berjumlah RM502,300.87 antara 21 Dis tahun lepas hingga 8 Jan tahun ini.

Beliau berkata pada 9 Jan lepas, mangsa sekali lagi menerima panggilan telefon memintanya membuat sekali lagi transaksi pemindahan wang namun tidak diturutinya kerana menyedari telah ditipu.

Katanya, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Simpang Ampat semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.–Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

MCE Holdings Q3 pre-tax profit rises to RM9.79 million

MCE Holdings Bhd recorded a 54.64% increase in profit before tax to RM9.79 million for Q3 ended April 30, 2026 (FY26), from RM6.333 million in the same quarter last year.

Binzhou’s Leap from Manufacturing to Intelligent Manufacturing

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - Recently, the Ministry of Industry and Information Technology and the Ministry of Finance jointly released the list of China's third batch of pilot cities for the new technological transformation of the manufacturing sector.

Shared Revitalization Journey of Weiqiao Pioneering Group, Weiqiao Town

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - Recently, Zouping, Shandong held a symposium on "Revitalizing Weiqiao Town," focusing on key priorities such as improving urban quality, upgrading public livelihoods, and empowering industrial development, laying out a clear blueprint for the high-quality development of Weiqiao Town.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings