Red Patriot merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan yang ditubuhkan di Taman Medan, Petaling Jaya, oleh sekumpulan pemuda dan diterajui sepenuhnya oleh anak muda.
Presiden Red Patriot, Muhammad A’linur Ahlam Abu Bakar, 24, berkata tujuan utama organisasi ini ditubuhkan adalah untuk menanam semangat kesukarelawanan dalam kalangan anak muda agar dapat melahirkan insan yang lebih berjiwa besar.
“Selain itu, melalui aktiviti-aktiviti kebajikan yang dilakukan oleh Red Patriot, pelbagai kemahiran juga dapat diasah seperti kemahiran komunikasi, mengelola program, menjadi pemimpin dan banyak lagi dapat dikongsikan bersama.
Pada 15 November 2023 yang lalu Red Patriot telah berjaya menjalankan program pertama mereka iaitu program bantuan makanan dan foodbank kepada institusi-institusi pendidikan di sekitar Petaling Jaya. Antaranya Sekolah Kebangsaan (2) Petaling Jaya dan Universiti Malaya.









