the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Doktor: Kematian mengejut dalam kalangan golongan 40 tahun ke bawah semakin meningkat

KUALA LUMPUR: Golongan populasi berusia 40 tahun dan ke bawah di negara ini yang mengalami Sindrom Kematian Mengejut Golongan Dewasa (SADS), terutama akibat serangan jantung dan strok, semakin meningkat.

Pengasas Pusat Kesejahteraan Heart Bit E-ECP Dr S. Denesh berkata ini mungkin disebabkan oleh kejutan terhadap sistem kardiovaskular berpunca daripada peningkatan mendadak aktiviti fizikal selepas tidak melakukannya dalam tempoh yang panjang semasa perintah kawalan pergerakan apabila negara dilanda pandemik Covid-19.

“Aktiviti senaman fizikal dalam kalangan penduduk kita ketika itu amat kurang. Apabila perintah itu ditarik balik, ramai antara kita yang terlalu cepat dan agresif melakukan senaman sehingga menyebabkan kes SADS meningkat.

“Apabila anda tidak melakukan senaman dalam tempoh yang sebegitu lama, ia akan menyebabkan sedikit kejutan terhadap tubuh (jika seseorang itu secara tiba-tiba melakukan senaman secara intensif),“ katanya dalam program Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV hari ini.

Dr Denesh juga berkata tahap tekanan yang tinggi, tidur tidak cukup dan sejarah penyakit jantung turut menyumbang kepada faktor berlakunya SADS.

Beliau berkata simpton SADS dan serangan jantung sukar diketahui kerana ia berlaku dengan pantas dan oleh itu, langkah pencegahan seperti pengubahsuaian gaya hidup dan diet perlu dilakukan.

“Kita juga harus belajar cara untuk melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) kerana ia boleh meningkatkan kadar survival bagi mereka yang terkena serangan jantung. Adalah penting untuk kita mengenal pasti simptom-simptomnya dan melakukan CPR dengan segera jika seseorang itu tidak bernafas,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings