the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mohd Na’im: TH disaran kukuhkan sistem keselamatan aplikasi THiJARI, elak digodam

MELAKA: Tabung Haji (TH) disarankan agar mempertingkat dan memperkukuhkan sistem aplikasi THiJARI dari semasa ke semasa bagi mengelakkan digodam sekali gus mengurangkan risiko kerugian kepada pendeposit.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata hal itu bagi menutup segala ruang kepada pencerobohan data maklumat oleh penggodam yang kini sentiasa maju dalam menggunakan pelbagai kaedah dan platform.

“Kita akan mengambil semua pendekatan bagi memastikan keselamatan wang pendeposit terjamin dan itu adalah jaminan daripada TH namun kita tak mampu untuk melakukan perkara ini sekiranya masyarakat sendiri khususnya pendeposit tidak mengambil pendekatan untuk berhati-hati.

“Jadi amat penting untuk masyarakat berhati-hati terutama apabila menerima pautan yang dirasakan was-was sebab penipu atau penggodam ini bukan hanya melibatkan pendeposit TH tetapi juga perbankan dalam talian,“ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau terdahulu merasmikan Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2024 yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) Datuk Selamat Paigo serta 350 peserta yang terdiri daripada wakil jabatan kerajaan, agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), majlis agama Islam negeri, ahli akademik serta pengurus baitulmal.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media berkaitan seorang bilal sebuah masjid di Ulu Yam Bharu, Hulu Selangor yang mendakwa kerugian RM12,000 selepas wang di dalam akaun TH miliknya disyaki dipindahkan ke akaun milik orang lain.

Mohd Na’im berkata selain mengambil langkah awal seperti membekukan akaun pendeposit apabila transaksi mencurigakan dikesan, Tabung Haji juga akan bekerjasama rapat dengan pihak polis untuk menyiasat perkara ini sebagai langkah memastikan keselamatan wang pendeposit terjamin.

Selain itu beliau turut menasihati orang ramai agar berwaspada dengan penipuan yang melibatkan kutipan zakat fitrah oleh amil yang tidak diberikan kuasa mengutip oleh majlis agama negeri.

“Kita akan teruskan memantau seperti biasa dan dalam masa yang sama menasihati masyarakat di luar agar tidak mengambil hasil semangat pemurah rakyat Malaysia sebab hukum mengambil wang orang lain secara tidak betul, secara batil adalah berdosa dan lebih teruk jika digunakan bagi kepentingan diri sendiri.

“Kerajaan telah melantik amil-amil tertentu untuk mengutip zakat bagi pihak majlis agama Islam negeri dan sekiranya pihak ketiga yang tidak diberikan kuasa mengutip zakat fitrah, saya nasihatkan pada mereka ini agar bertaubat dan tidak melakukannya,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings