the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
26.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kontrak urus kenderaan kerajaan: Ahli perniagaan bergelar Tan Sri akan didakwa esok

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri akan didakwa esok di Mahkamah Sesyen di sini berhubung kontrak membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan.

Menerusi semakan sistem mahkamah, kes tokoh korporat itu akan disebut di hadapan Hakim Suzana Hussin pada 9 pagi.

Menurut sumber yang dihubungi Bernama, beliau bakal berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor membekukan beberapa akaun bank persendirian milik seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri bernilai puluhan juta ringgit.

Sumber memaklumkan pembekuan akaun bank itu adalah susulan siasatan SPRM terhadap ahli perniagaan terbabit berkaitan kontrak yang diberikan kepada sebuah syarikat pembekal kenderaan kerajaan.

Syarikat itu sebelum ini dianugerahkan kontrak 15 tahun bernilai RM4.5 bilion bagi membekal dan menguruskan fleet kenderaan kerajaan hingga 2037.

Berdasarkan surat jemputan SPRM yang diedarkan hari ini, agensi itu memaklumkan telah mendapat izin untuk mendakwa seorang tokoh korporat di Mahkamah Sesyen Jenayah 14 esok. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Shootout traps tourists at Rio sunrise lookout

Dozens of tourists were caught in a gun battle between police and drug traffickers at a popular Rio de Janeiro sunrise viewpoint, the second such incident this year.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings