the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Loke: Cadangan Projek Keretapi Trans Borneo belum dibuka kepada mana-mana syarikat

SEPANG: Kerajaan tidak dimaklumkan mengenai cadangan sebuah syarikat dari Brunei untuk membangunkan Projek Keretapi Trans Borneo (TBR), iaitu projek rangkaian kereta api berkelajuan tinggi menghubungkan Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan, Indonesia, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata pada masa ini cadangan untuk projek TBR masih belum dibuka kepada mana-mana syarikat, sebaliknya tawaran untuk melaksanakan kajian kebolehlaksanaan hanya akan dibuka untuk tender pada Mei ini.

“Projek Keretapi Trans Borneo ini untuk membina satu jajaran kereta api hanya merupakan cadangan sekarang dan kerajaan pada tahun ini akan melaksanakan kajian kebolehlaksanaan. Kementerian Pengangkutan (MOT) masih (belum) memuktamadkan dokumen tender, tender pun belum dipanggil untuk kebolehlaksanaan.

“Jadi kita menjangkakan kajian kebolehlaksanaan akan mengambil masa sembilan bulan, baru kita tahu sama ada boleh dilaksanakan atau tidak dari segi komersial, teknikal dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Upgraded Transportation Hub di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, di sini hari ini.

Justeru beliau menasihatkan semua pihak supaya berwaspada dengan apa-apa pengumuman yang dibuat mana-mana syarikat swasta berkenaan projek besar.

Loke berkata apa-apa projek mega yang hendak dilaksanakan hanya dianggap sahih sekiranya ia diumumkan oleh kerajaan.

“Kalau dia (syarikat swasta dari Brunei) kata nak bina landasan kereta api di Sabah, Sarawak, sudah tentu dia perlu mendapat kelulusan daripada kerajaan Malaysia dan juga kerajaan Sabah, Sarawak, jadi setakat ini belum ada apa-apa kelulusan dan tidak pernah pun kita berunding dengan syarikat ini.

“Jadi saya nak nasihatkan supaya apa-apa kenyataan atau berita seperti ini mesti disemak terlebih dahulu, ini mengelirukan orang ramai,” katanya.

Cadangan Brunergy Utama Sdn Bhd yang berpangkalan di Brunei untuk memulakan Projek Keretapi Trans Borneo itu telah menarik perhatian media baru-baru ini dan ia bakal memendekkan masa perjalanan antara Brunei, Sarawak, Kalimantan dan Sabah.

Menurut syarikat itu, projek bernilai US$70 bilion (RM330 bilion) tersebut akan dilaksana dalam dua fasa membabitkan laluan sepanjang 1,620 kilometer dan bakal dilengkapi kereta api berkelajuan tinggi yang mencecah kelajuan sehingga 350 kilometer sejam. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Team Rey Young reach MWI 2026 quarterfinals on Esports World Cup debut in Paris

KUALA LUMPUR, July 22: Malaysia's Team Rey Young reached the quarterfinals of the Mobile Legends: Bang Bang Women's International 2026 (MWI) on their debut at the Esports World Cup (EWC) in Paris.The team secured a top-eight finish after progressing through Malaysia's domestic qualification pathway via the RedOne MLBB Ladies International Invitational.

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings