the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM: Pelaksanaan skim upah lebih adil, munasabah bagi penjawat awam akan disegerakan

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini menegaskan pelaksanaan skim upah yang lebih adil dan munasabah untuk penjawat awam akan disegerakan.

Beliau berkata skim itu tidak dapat dilaksanakan Kerajaan Perpaduan tahun lepas disebabkan kedudukan kewangan negara ketika itu, selain mewarisi hutang yang tinggi.

“Kita memutuskan untuk menyegerakan pelaksanaan skim upah yang lebih adil dan munasabah kepada penjawat awam, dan saudara harus percaya.

“Kita tidak menyegerakannya pada tahun lepas kerana kita mewarisi kedudukan kewangan dan hutang negara ketika itu masih RM1.5 trilion dan defisit 5.6 peratus,” kata beliau yang juga merupakan Menteri Kewangan.

Anwar berkata demikian ketika berucap melancarkan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia di sini hari ini.

Pada 14 Julai lepas kerajaan bersetuju mengkaji semula sistem saraan perkhidmatan awam dengan mengambil kira peningkatan kos sara hidup dan tiadanya semakan gaji dibuat sejak 2012.

Susulan itu, mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) diadakan pada 7 Ogos lepas bagi membincangkan Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sebagai inisiatif pembaharuan dalam perkhidmatan awam. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings