the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Isu kontrak suami Hannah Yeoh: Siasatan interim SPRM tidak temui sebarang kesalahan – Azam Baki

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menjelaskan ia sudah melakukan siasatan interim berhubung isu pemberian kontrak projek rintis Demand Responsive Transit (DRT) oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada syarikat suami Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh namun tidak menemukan sebarang kesalahan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata justeru itu, pihaknya memutuskan bahawa tiada kes dalam isu tersebut.

Semalam, selepas beliau memaklumkan SPRM melihat pemberian kontrak projek rintis DRT oleh Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Hannah, beberapa ahli politik membidasnya dan mendakwa mungkin ada unsur salah guna kuasa yang agensi antirasuah itu terlepas pandang.

“Jika ada ahli politik mendakwa terdapat unsur kesalahan moral dalam isu itu, ia terpulang kepada mereka.

“Saya bukan ahli politik atau pakar motivasi untuk ulas berkenaan perkara itu,” katanya dalam program Executive Talk Editor Media Online bersama beliau di sini hari ini.

Asia Mobility Technologies Sdn Bhd, yang merupakan syarikat milik suami Hannah, ialah satu daripada dua syarikat yang dipilih untuk projek perintis DRT.

DRT adalah inisiatif kerajaan negeri untuk meningkatkan keberkesanan perkhidmatan pengangkutan awam dan mobiliti di Selangor.

Ditanya mengenai kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyerahkan perkara itu sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat isu penganugerahan kontrak tersebut, Azam berkata beliau sendiri akan menjelaskan situasi kes berkenaan kepada Perdana Menteri.

“Apa yang boleh saya cakap seperti yang disebut Perdana Menteri, serahkan (perkara) ini kepada pihak berkuasa.

“Perkara ini bukan arahan daripada Perdana Menteri dan segala siasatan selepas ini terserah kepada SPRM sebagai pihak berkuasa,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings