the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

EU bincang kenakan sekatan terhadap Israel jika enggan patuhi keputusan mahkamah antarabangsa

ATHENS: Kesatuan Eropah (EU) sedang berbincang untuk mengenakan sekatan terhadap Israel jika ia enggan mematuhi keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengarahkan Israel menghentikan serta-merta kempen ketenteraannya di bandar Rafah, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik media tempatan pada Isnin.

Penyiar awam RTE yang memetik Menteri Luar Ireland Michael Martin sebagai berkata semasa mesyuarat Komuniti Politik Eropah, menteri-menteri luar EU buat pertama kalinya membincangkan prospek sekatan terhadap Israel jika ia terus mengabaikan perintah mahkamah itu.

“Sudah tentu, jika pematuhan tidak berlaku, maka kita perlu mempertimbangkan semua pilihan,“ katanya, sambil menambah bahawa Ireland akan menyokong pendekatan sedemikian.

Martin berkata beberapa menteri luar juga telah menyuarakan kemungkinan sekatan terhadap pegawai-pegawai Israel yang membantu dan menyokong peneroka haram Israel yang ganas di Tebing Barat.

Beliau bagaimanapun berkata “terdapat perbezaan pendapat antara mereka yang menyuarakan keperluan untuk pendekatan berasaskan sekatan jika Israel tidak mematuhi keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa, (dan) jelas sekali tiada persetujuan di peringkat Majlis EU memandangkan perspektif yang berbeza di sana.”

Sekurang-kurangnya 40 orang maut dan hampir 250 yang lain cedera dalam pengeboman tentera rejim ke atas kem perlindungan penduduk yang kehilangan tempat tinggal di bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Serangan itu berlaku berhampiran pangkalan logistik Agensi PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) di Tal al-Sultan, kata Pejabat Media Gaza.

Pesawat tentera rejim menyasarkan beberapa khemah di kawasan itu dengan menggunakan peluru berpandu dan bom seberat 907.1 kilogram.

ICJ pada Jumaat mengarahkan Israel untuk menghentikan serta-merta serangan tenteranya di Rafah, membuka lintasan Rafah dan membenarkan akses kepada misi pencarian fakta antarabangsa.

Israel telah membunuh lebih 36,000 rakyat Palestin di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas di tengah-tengah kemusnahan infrastruktur dan kekurangan keperluan penting, termasuk makanan, ubat-ubatan dan bekalan bahan api.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

MCE Holdings Q3 pre-tax profit rises to RM9.79 million

MCE Holdings Bhd recorded a 54.64% increase in profit before tax to RM9.79 million for Q3 ended April 30, 2026 (FY26), from RM6.333 million in the same quarter last year.

Binzhou’s Leap from Manufacturing to Intelligent Manufacturing

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - Recently, the Ministry of Industry and Information Technology and the Ministry of Finance jointly released the list of China's third batch of pilot cities for the new technological transformation of the manufacturing sector.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings