the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiga penjawat awam direman enam hari bantu siasatan kes rasuah bernilai RM25,000

KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu hari ini menahan reman tiga penjawat awam jabatan kerajaan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah bernilai kira-kira RM25,000 antara tahun 2022 dan 2023.

Menurut sumber, suapan itu diterima suspek yang berusia lingkungan 30-an hingga 40-an bagi memudahkan urusan permohonan tanah E-Haram di Terengganu.

Katanya, ketiga-tiga suspek turut terlibat secara langsung dalam menjalankan siasatan, membuat pengukuran sempadan serta menyediakan ulasan teknikal bagi tanah yang dimohon.

“Sepanjang tempoh itu juga didapati wujud beberapa transaksi wang ke akaun seorang suspek sehingga mencecah kira-kira RM25,000 dan kesemua suspek turut disyaki menerima antara RM500 hingga RM800 mengikut tugasan daripada pemohon,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Perintah reman bermula hari ini hingga 1 Jun itu dikeluarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin selepas SPRM membuat permohonan di Mahkamah Majistret Kemaman, pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

MCE Holdings Q3 pre-tax profit rises to RM9.79 million

MCE Holdings Bhd recorded a 54.64% increase in profit before tax to RM9.79 million for Q3 ended April 30, 2026 (FY26), from RM6.333 million in the same quarter last year.

Binzhou’s Leap from Manufacturing to Intelligent Manufacturing

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - Recently, the Ministry of Industry and Information Technology and the Ministry of Finance jointly released the list of China's third batch of pilot cities for the new technological transformation of the manufacturing sector.

Shared Revitalization Journey of Weiqiao Pioneering Group, Weiqiao Town

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - Recently, Zouping, Shandong held a symposium on "Revitalizing Weiqiao Town," focusing on key priorities such as improving urban quality, upgrading public livelihoods, and empowering industrial development, laying out a clear blueprint for the high-quality development of Weiqiao Town.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings