the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

BNM boleh ambil tindakan seliaan, penalti bagi gangguan khidmat dalam talian bank – Lim

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) boleh mengenakan tindakan penyeliaan dan penalti ke atas pelanggaran undang-undang di bawah seliaannya bagi insiden gangguan perkhidmatan dalam talian bank yang berlaku kebelakangan ini.

Ketika menegaskan perkara itu, Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata tindakan susulan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, akan bergantung kepada penilaian berkaitan punca utama serta impak gangguan yang dikemukakan oleh pihak terbabit.

“Merujuk insiden gangguan perkhidmatan dalam talian (bank) yang berlaku kebelakangan ini, BNM telah mengambil tindakan segera dengan mengarahkan institusi perbankan terbabit menentukan punca utama gangguan dan seterusnya menetapkan langkah pembetulan serta pencegahan bersesuaian bagi mengelak isu sama berulang.

“Di samping itu, bank-bank juga telah diarahkan untuk berkomunikasi dengan pelanggan terjejas, termasuk menjawab segera sebarang aduan dan pertanyaan akibat gangguan berkenaan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) mengenai pandangan kerajaan terhadap isu kekerapan gangguan perkhidmatan itu serta sejauh mana kesediaannya mengenakan penalti bagi insiden yang menyusahkan pengguna.

Menjelaskan selanjutnya, Lim berkata BNM turut membuat pemantauan rapi bagi memastikan institusi perbankan terbabit bertindak memulihkan perkhidmatan perbankan secepat mungkin.

Di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, BNM mempunyai bidang kuasa mengenakan tindakan penyeliaan dan penguatkuasaan ke atas institusi kewangan yang tidak mematuhi mana-mana peruntukan dokumen dasar yang relevan.

Ini seperti kegagalan memastikan sistem-sistem kritikal yang menghadapi masa henti tidak dijangka yang menjejaskan akses perkhidmatan untuk pelanggan agar tidak melebihi masa henti maksimum boleh diterima.

Selain itu, menjawab soalan tambahan Wee berkenaan ketidakstabilan transaksi e-pembayaran, Lim berkata pembayaran berkaitan adalah segera kecuali bagi hari perayaan dan minggu yang akan diapung sehingga hari perniagaan berikutnya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Shared Revitalization Journey of Weiqiao Pioneering Group, Weiqiao Town

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - Recently, Zouping, Shandong held a symposium on "Revitalizing Weiqiao Town," focusing on key priorities such as improving urban quality, upgrading public livelihoods, and empowering industrial development, laying out a clear blueprint for the high-quality development of Weiqiao Town.

DFI Retail Group to Announce 2026 Half Year Financial Results and Host Analyst Presentation...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - DFI Retail Group Holdings Limited will announce its 2026 Half Year Results after market close on 28 July 2026, followed by an analyst presentation live webcast on 29 July 2026.

PH cautious over potential vote shift in seats not contested by PN

Pakatan Harapan (PH) is taking a cautious approach in facing contests in the 23 constituencies where Perikatan Nasional (PN) is not fielding candidates in the Johor state election.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings