the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

16 pusat peperiksaan SPM di Terengganu berisiko terjejas banjir gelombang keempat

PERMAISURI: Sebanyak 16 pusat peperiksaan di negeri ini yang dijadikan pusat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Terengganu dikenal pasti berisiko dilanda banjir gelombang keempat.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme) Shafruddin Ali Hussin berkata ia melibatkan 224 pelajar di daerah Hulu Terengganu, Setiu, Dungun dan Besut.

Sehubungan itu, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) telah membuat persiapan termasuk memindahkan pelajar ke asrama atau sekolah berdekatan supaya pelajar boleh menduduki peperiksaan mengikut jadual yang ditetapkan iaitu bermula 31 Jan hingga 7 Mac 2024.

“Bagi Terengganu, kita dah kenal pasti 224 pelajar yang akan duduki SPM mungkin hadapi masalah dari segi lokaliti jika banjir berlaku lagi.

“Bagaimanapun, tindakan telah diambil di peringkat JPNT dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk tempatkan pelajar di asrama atau di tempat terdekat dengan pusat peperiksaan untuk pastikan mereka boleh ambil peperiksaan seperti dirancang,“ katanya ketika ditemui selepas operasi pembersihan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Las di sini hari ini.

Sebanyak 37 sukarelawan Kementerian Pendidikan (KPM) terlibat dalam operasi berkenaan.

Dalam pada itu, Shafruddin berkata jumlah kerugian dihadapi sekolah akibat tiga gelombang banjir di Terengganu baru-baru ini dianggarkan sebanyak RM340,000 yang melibatkan kerosakan perabot dan kelengkapan.

Perkara itu menurutnya, telah dikemukakan kepada KPM untuk tindakan lanjut dan peruntukan akan disalurkan kepada sekolah terlibat dalam masa terdekat.

“Kerugian ini melibatkan kerosakan seperti perabot, pintu … tidak termasuk buku teks dan lain-lain. Kita dah angkat perkara ini ke KPM, insya-Allah peruntukan akan turun dalam masa terdekat untuk baik pulih apa yang rosak,“ katanya.

Shafruddin berkata keseluruhannya, sebanyak 53 sekolah di lapan daerah di negeri ini terjejas akibat tiga gelombang banjir yang melanda Terengganu bermula 20 Nov lepas, manakala 79 sekolah pula telah dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) untuk menempatkan mangsa banjir di kesemua daerah.

“Operasi pembersihan di semua sekolah yang terjejas dan dijadikan PPS dijangka selesai hari ini. Cuma di PPS SK Tanjung Pati, Dungun sahaja yang belum siap kerana masih ada mangsa banjir di situ.

“Tetapi, esok kita jangka dah boleh bersihkan PPS berkenaan dan semua pelajar boleh memulakan sesi persekolahan seperti jadual asal. Terima kasih kepada semua agensi yang membantu dalam operasi pembersihan sekolah di semua tempat,“ katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

MASA Singapore 2026 Presents Indonesia’s Creative Movement Across Takashimaya Square and Gardens by the...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - MASA Singapore 2026, a multidisciplinary cultural movement celebrating Indonesia's contemporary creative movement, will take place from 2 July to 10 August 2026 across Takashimaya Square and Gardens by the Bay in Singapore.

The 6th Cross-Strait Sun Yat-sen Forum Successfully Held in Zhongshan, Guangdong

ZHONGSHAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - As 2026 marks the 160th anniversary of the birth of Dr. Sun Yat-sen, the 6th Cross-Strait Sun Yat-sen Forum was held in Zhongshan, Guangdong Province—the hometown of the great pioneer—from June 27 to 29 under the theme "Carrying Forward Dr. Sun Yat-sen's Spirit of Endeavor and Working Together for the Great Rejuvenation of the Chinese Nation".

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings