the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KSM sedang jalankan siasatan lanjut kes 171 pekerja Bangladesh

GEORGE TOWN: Kementerian Sumber Manusia (KSM) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes 171 pekerja asing dari Bangladesh yang gagal mendapatkan pekerjaan di negara ini.

Menterinya Steven Sim Chee Keong berkata beliau telah mengarahkan agensi dalam kementeriannya untuk menjalankan siasatan segera termasuk memanggil ejen terlibat dalam pengambilan pekerja asing terbabit yang ditempatkan di Bayu Damai Teluk Ramunia, Johor.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung kejadian tersebut dan saya juga akan bertemu dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail untuk berbincang dan menambah baik dasar berkaitan pekerja asing dalam masa terdekat ini,“ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas menziarahi keluarga pekerja penyelenggara lif, R.Tinesh Kumar yang meninggal dunia selepas kepalanya tersepit ketika sedang melakukan kerja penyelenggaraan lif di sebuah kompleks membeli belah di Jalan Burma, di sini Selasa lepas.

Sim yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung isu 171 pekerja asing dari Bangladesh yang dibawa masuk oleh ejen tetapi gagal mendapatkan pekerjaan untuk mereka selepas tiga bulan berada di negara ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora dilaporkan berkata siasatan awal mendapati warga asing yang memiliki dokumen pengenalan diri sah itu berjalan kaki menuju ke Balai Polis Bayu Damai, kira-kira 10 kilometer dari asrama mereka bagi membuat laporan kerana mendakwa tidak mendapat tawaran kerja daripada ejen dalam tempoh tiga hingga enam bulan lepas.

Hussin dilaporkan berkata polis menerima laporan berkaitan kejadian daripada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kesemuanya telah ditahan dan kemudian diserahkan kepada Jabatan Imigresen.

Tindakan 171 lelaki warga Bangladesh yang berjalan kaki secara beramai-ramai di kawasan Bayu Damai, Teluk Ramunia di sini, menimbulkan kegusaran dalam kalangan penduduk tempatan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Shared Revitalization Journey of Weiqiao Pioneering Group, Weiqiao Town

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - Recently, Zouping, Shandong held a symposium on "Revitalizing Weiqiao Town," focusing on key priorities such as improving urban quality, upgrading public livelihoods, and empowering industrial development, laying out a clear blueprint for the high-quality development of Weiqiao Town.

DFI Retail Group to Announce 2026 Half Year Financial Results and Host Analyst Presentation...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - DFI Retail Group Holdings Limited will announce its 2026 Half Year Results after market close on 28 July 2026, followed by an analyst presentation live webcast on 29 July 2026.

PH cautious over potential vote shift in seats not contested by PN

Pakatan Harapan (PH) is taking a cautious approach in facing contests in the 23 constituencies where Perikatan Nasional (PN) is not fielding candidates in the Johor state election.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings