the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kastam Perlis patahkan 286 aktiviti penyeludupan, nilai rampasan lebih RM5.98 juta tahun ini

PADANG BESAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis berjaya mematahkan 286 aktiviti penyeludupan sepanjang tahun ini, membabitkan rampasan pelbagai barang seludup bernilai lebih RM5.98 juta, dengan nilai cukai dianggarkan RM3.85 juta.

Pengarah Kastam Perlis Ismail Hashim berkata barang rampasan yang merekodkan nilai tertinggi ialah kenderaan dengan jumlah rampasan bernilai RM3,050,510 membabitkan nilai cukai RM2,667,799 diikuti dengan rampasan dadah RM1,844.306.

Beliau berkata dalam tempoh itu juga pihaknya berjaya merampas rokok seludup bernilai RM222,059 (nilai cukai dianggarkan RM593,407), minuman keras RM127,543 (cukai RM264,300) dan lain-lain komoditi bernilai RM718,024 (cukai RM327,382).

“Rampasan minyak petrol dan diesel berjumlah RM16,902.43 manakala minyak masak merekodkan nilai rampasan RM4,117.50,” katanya pada sidang media di Cawangan Penguatkuasaan, Pejabat Kastam Padang Besar di sini hari ini.

Ismail berkata antara modus operandi yang dipercayai kerap kali digunakan untuk aktiviti penyeludupan itu adalah dengan menyembunyikan barang kes di bawah longgokan kertas selain menyembunyikan barangan diseludup itu dalam timbunan pakaian yang diletakkan dalam bagasi. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings