the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banjir: Pejabat Satelit LHDN di Pasir Mas dan Hulu Terengganu ditutup sementara

PUTRAJAYA: Pejabat Satelit Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Pasir Mas, Kelantan dan Hulu Terengganu, Terengganu ditutup sementara mulai hari ini berikutan banjir serta peningkatan paras air di kawasan sekitar.

Pejabat Satelit di Pasir Mas ditutup hingga 31 Dis ini dan dijangka beroperasi semula pada 1 Jan 2024 manakala Pejabat Satelit Hulu Terengganu pula ditutup sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak, menurut LHDN dalam kenyataan hari ini.

Bagi menjamin kelancaran urusan percukaian, LHDN berkata pembayar cukai digalak menggunakan e-Perkhidmatan yang disediakan sebagai alternatif selaras pelaksanaan penggunaan e-Perkhidmatan secara mandatori bermula 1 Jan 2024.

Sebagai rujukan tambahan kepada pembayar cukai, panduan penggunaan e-Perkhidmatan boleh diakses melalui Portal MyTax di pautan https://mytax.hasil.gov.my/. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings