the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Unjuran siling kemasukan pekerja asing tidak lebih 15 peratus akan dicapai hujung tahun

PUTRAJAYA: Unjuran siling kemasukan pekerja asing iaitu tidak melebihi 15 peratus daripada jumlah guna tenaga negara seperti yang ditetapkan Kementerian Ekonomi akan dapat dicapai sebelum 31 Dis tahun ini, menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata setakat ini 17.1 juta daripada 34 juta rakyat Malaysia adalah dianggap sebagai kelompok atau tenaga boleh guna.

“Jadi 15 peratus siling yang diberikan Kementerian Ekonomi bermaksud jumlah pekerja asing seluruh negara tidak boleh melampaui siling itu.

“… dan kita dapati siling yang ditetapkan oleh kementerian itu akan dicapai pada penghujung tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa bersama Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong di sini hari ini.

Saifuddin Nasution berkata unjuran berkenaan turut mengambil kira jumlah pekerja asing sedia ada, jumlah pekerja asing yang majikan mereka telah mendapat kelulusan kuota dan jumlah yang telah mendaftar melalui program Rekalibrasi Tenaga Kerja.

Beliau berkata mesyuarat juga bersetuju bahawa pembekuan kemasukan pekerja asing adalah diperakukan.

Mesyuarat hari ini juga, katanya bersetuju untuk membenarkan penggajian kali pertama terhadap tekong asing melebihi usia 60 tahun bermula tahun ini dan ia memandangkan tekong mempunyai pengalaman besar selain sektor perikanan menyumbang RM16.5 bilion hasil tangkapan setiap tahun.

“Kita benarkan (penggajian tekong) 60 tahun ini dan tempoh adalah tidak melebihi 36 bulan sebab pas lawatan kerja sementara adalah setiap enam bulan. Musim tengkujuh dia (tekong) tidak turun ke laut,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata setakat ini, jumlah tekong yang dibenarkan untuk digajikan ialah 332 orang dan dihadkan hanya tempoh tiga tahun sah.

“(Selepas itu) kita akan kaji semula dan minta kementerian merangka ‘exit policy’ (dasar pemisah) dan penggunaan teknologi semasa bagi menampung kemampanan perikanan dalam negara,” katanya.

Sementara itu, Sim berkata Kementerian Sumber Manusia menyokong keputusan mesyuarat jawatankuasa bersama untuk melanjutkan pembekuan kuota kemasukan pekerja asing

Sebelum ini, beliau dilaporkan berkata kerajaan mengekalkan keputusan untuk membekukan kelulusan kuota kemasukan pekerja asing baharu rentetan bilangan pekerja dalam negara telah menghampiri sasaran yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Menurut Sim jumlah pekerja asing yang bekerja dalam negara adalah seramai 2,171,798 orang berlandaskan kepada rekod Jabatan Imigresen Malaysia setakat 15 Mac.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Telematics for commercial vehicles to be phased in from 2026

Transport Minister Anthony Loke announces a phased telematics system for commercial vehicles from 2026 to 2028, starting with voluntary adoption and moving towards mandatory use.

Afogreen Build Highlights Growing Adoption of Building Performance Modelling in Australia’s Sustainability-Driven Construction Sector

SYDNEY, AUSTRALIA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As sustainability requirements and operational performance expectations evolve, building performance modelling is becoming increasingly important across Australia's construction sector.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings