the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PRK Kemaman: Terengganu perlu wakil rakyat sebaris kerajaan pusat untuk semak imbang

CHUKAI: Terengganu perlu mempunyai wakil rakyat yang sebaris dengan blok kerajaan pusat bagi membolehkan fungsi semak dan imbang dijalankan serta membawa suara rakyat di negeri itu ke peringkat Persekutuan dengan lebih efektif.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata peluang itu boleh direalisasikan sekiranya calon Barisan Nasional (BN) Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, 2 Dis ini.

“Kita perlu ada keseimbangan…kerana sudahlah DUN (Dewan Undangan Negeri) kosong, Parlimen kosong, jadi bagi satu untuk kita sama-sama bagi kebaikan kepada rakyat.

“Di Parlimen kadang-kadang ada isu yang kita nak bangkitkan, kita bekerjasama dengan banyak Ahli Parlimen untuk kita berkongsi isu…tetapi dari Terengganu ini kita tak ada, kalau dapat (PRK) ini kan bagus, kita sama-sama berusaha naikkan isu dalam Parlimen supaya bila ada bajet setiap tahun, kita boleh bawa masalah yang kritikal dalam kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan tinjauan mesra bersama Raja Mohamed Affandi serta melawat penduduk di kawasan perumahan di Kampung Bakau Tinggi, di sini hari ini.

PRK Kemaman menyaksikan Raja Mohamed Affandi berdepan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS.

Mengenai kempen, Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata pendekatan yang diambil Raja Mohamed Affandi untuk bertemu masyarakat menunjukkan peluang positif kerana diterima baik oleh rakyat Kemaman.

“Saya nampak gerak kerja, pendekatan masyarakat terhadap Tan Sri (Raja Mohamed Affandi) ini amat bagus, mereka boleh terima, mereka tak nampak beliau sebagai pure politician, beliau seorang bekas Panglima (Angkatan Tentera) tetapi sangat merendah diri, kita boleh beri kepercayaan dan bawa isu-isu di Terengganu.

“Saya ambil kesempatan merayu kepada pengundi Kemaman untuk beri peluang kepada Tan Sri (Raja Mohamed) Affandi ini kerana beliau mempunyai bakat untuk membantu kita, paling tidak bagi pihak Terengganu yang tiada wakil rakyat kerajaan,” katanya.

Beliau berkata Raja Mohamed Affandi mempunyai banyak pengalaman dalam negara serta tidak asing kepada penduduk Kemaman dan sekiranya terpilih menjadi Ahli Parlimen pasti akan memberi pulangan balik kepada masyarakat di kawasan Parlimen itu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

BN blends experience and new faces for Johor polls

Barisan Nasional’s mix of veteran leaders and fresh candidates for the Johor state election is the best formula for governing complex challenges, says Mohamed Khaled.

Bank of China (Hong Kong) x Television Broadcasts Limited (“TVB”) “Wealth Management Expo 2026”...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 27 June 2026 - The "Wealth Management Expo 2026", powered by Bank of China (Hong Kong) ("BOCHK") and organised by TVB under the theme of "Empowering Enterprises to Go Global, Pioneering the Blue Ocean of Silver Economy", was successfully held today.

Vinmec Launches Vietnam’s First Integrated High-Tech Robotic Surgery Network, Establishing the Country’s First Multi-Connected...

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire – 27 June 2026 - Vinmec Healthcare System today officially launched its nationwide network of High-Tech Robotic Surgery Centers, marking a major milestone in the advancement of surgical innovation in Vietnam.

Flash Sports & Media, Inc. Unveils Plan to Build the Next Tier of T20...

Tampa, Florida - Newsfile Corp. - June 26, 2026 - Flash Sports & Media, Inc. (NASDAQ: FLZH), a sports media and content company focused on the global cricket industry, today announced the release of its 2026 Investor Presentation filed with the U.S. Securities and Exchange Commission on Form 8-K, outlining the Company's strategic vision to build the first vertically integrated, multi-market T20 cricket platform on a public exchange.

OneGrowth 2026: Shared AI Token Era Ahead China Telecom Global Partner Conference Held

On June 25, 2026, the China Telecom Global Partner Conference convened in Shanghai. Centered on the theme of "OneGrowth 2026: Shared AI Token Era Ahead," the event brought together leading global telcos, key ecosystem partners, and prominent clients from both domestic and international markets.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings