the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPDN Sabah ambil tindakan 544 kes libat rampasan RM5.18 juta tahun ini

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah telah mengambil tindakan ke atas 544 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan RM5.18 juta untuk tempoh antara 1 Jan lepas sehingga semalam.

Pengarahnya George Abas berkata tindakan itu hasil pemeriksaan ke atas 31,206 premis perniagaan, dan kompaun sebanyak RM62,300 serta denda mahkamah berjumlah RM20,000 dikenakan terhadap mereka yang sabit kesalahan.

“Bagi tempoh itu KPDN Sabah menerima 1,073 aduan pengguna daripada pelbagai kategori yang berekod dalam sistem eAduan KPDN Sabah,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata pemeriksaan ke atas bekalan barangan mentah dan keperluan di Pasar Besar Kota Kinabalu di sini hari ini mendapati bekalan untuk sambutan Aidiladha mencukupi.

“Tumpuan pemeriksaan termasuk gerai sayuran, ayam, telur, daging, kelapa parut dan santan yang menjadi antara barangan keperluan sempena Aidiladha,” katanya.

Sementara itu, KPDN mengingatkan para peniaga tidak menaikkan harga barang serta perkhidmatan sesuka hati dengan kadar tidak munasabah tanpa alasan kukuh.

“KPDN akan menyiasat setiap aduan diterima mengikut undang-undang yang dikuatkuasakan dan aduan berkenaan harga dan barang kawalan akan disiasat dalam tempoh 24 jam,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Senior living project partners AIA unit

Eden at Botanica CT, a nursing care residence and a low-density active living resort, has partnered with AIA Pension and Asset Management Sdn Bhd (APAM) to integrate retirement savings into its senior living development in Balik Pulau, with purchasers receiving a RM25,000 contribution into a Private Retirement Scheme (PRS) fund.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings