the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hormati keputusan mahkamah mansuh undang-undang berkaitan goda isteri orang – Mohd Na’im

PUTRAJAYA: Semua pihak diseru menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan memansuhkan Seksyen 498 Kanun Keseksaan berkaitan menjenayahkan perbuatan lelaki yang menggoda isteri orang kerana ia tidak berpelembagaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mohktar berkata pihaknya mengambil maklum serta menghormati keputusan itu yang dibuat berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan kebijaksanaan hakim berpandukan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang dalam mencari penyelesaian yang terbaik.

“Pun begitu, jika dilihat dari aspek hukum syarak, Islam sangat mementingkan keharmonian rumah tangga dan ikatan perkahwinan pasangan suami isteri. Islam melarang perbuatan mengganggu isteri orang atau sebarang usaha untuk meruntuhkan rumah tangga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata selaras dengan hukum syarak, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) telah menjadikan perbuatan mengganggu keharmonian rumah tangga sebagai suatu kesalahan.

“Ia sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 36 mengenai kesalahan memujuk lari perempuan bersuami, Seksyen 37 mengenai kesalahan menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri dan Seksyen 38 mengenai kesalahan menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan,” katanya.

Mohd Na’im berkata kesemua peruntukan berkenaan secara tidak langsung dapat menjamin keharmonian rumah tangga selaras dengan kehendak syarak.

Beliau berkata pemansuhan itu juga tidak menjejaskan peranan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan agensi berkaitan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) untuk terus melaksanakan program pengukuhan institusi keluarga yang menghayati nilai sakinah, mawaddah dan rahmah.

Sehubungan itu, umat Islam terutama suami isteri diseru untuk berganding bahu bagi melaksanakan kewajipan masing-masing serta saling memperkukuh institusi keluarga demi anak-anak dan generasi Al-Falah selain saling meningkatkan akhlak dalam pergaulan seharian agar sentiasa sejajar dengan pedoman ajaran Islam.

“Agensi hal ehwal agama bersama pertubuhan Islam dan pengurusan masjid diseru untuk memperhebat program pendidikan kepada masyarakat bagi menghayati kepentingan keutuhan sesebuah keluarga demi kehidupan sejahtera,” kata Mohd Na’im.

Mahkamah Persekutuan pada 15 Dis lepas memansuhkan Seksyen 498 Kanun Keseksaan kerana ia tidak berperlembagaan.

Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan sebulat suara berkata panel hakim berpendapat bahawa seksyen itu adalah bercanggah dengan perlembagaan kerana ia mendiskriminasi secara tidak sah hanya atas alasan jantina, yang bertentangan dengan Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan.–Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

MCE Holdings Q3 pre-tax profit rises to RM9.79 million

MCE Holdings Bhd recorded a 54.64% increase in profit before tax to RM9.79 million for Q3 ended April 30, 2026 (FY26), from RM6.333 million in the same quarter last year.

Binzhou’s Leap from Manufacturing to Intelligent Manufacturing

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - Recently, the Ministry of Industry and Information Technology and the Ministry of Finance jointly released the list of China's third batch of pilot cities for the new technological transformation of the manufacturing sector.

Shared Revitalization Journey of Weiqiao Pioneering Group, Weiqiao Town

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - Recently, Zouping, Shandong held a symposium on "Revitalizing Weiqiao Town," focusing on key priorities such as improving urban quality, upgrading public livelihoods, and empowering industrial development, laying out a clear blueprint for the high-quality development of Weiqiao Town.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings