the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Larang kapal masuk isyarat jelas Malaysia tidak bersekongkol bantu ekonomi Israel

PUTRAJAYA:Keputusan kerajaan melarang kapal Israel memasuki Malaysia memberi isyarat jelas bahawa negara ini tidak mengiktiraf rejim Zionis itu dan tidak akan bersekongkol dalam usaha membantunya dari segi ekonomi, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Program Spotlight: Apresiasi Sinema Malaysia Tahun 2023 di sini, jurucakap kerajaan itu berkata keputusan tersebut adalah selari dengan dasar kerajaan selama ini yang memberi penegasan mengenai beberapa isu melibatkan Israel.

Beliau berkata langkah kerajaan membatalkan keputusan terdahulu pada 2002 dan 2005 yang membenarkan ZIM iaitu syarikat perkapalan berpangkalan di Israel memasuki Malaysia dengan serta-merta menunjukkan keutamaan negara dalam memperjuang nasib penduduk Gaza.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata berkuat kuasa serta-merta, syarikat perkapalan berpangkalan di Israel, kapal yang menggunakan bendera rejim Zionis serta kapal dalam perjalanan ke negara itu dilarang memasuki atau memuatkan kargo di mana-mana pelabuhan Malaysia.

Perdana Menteri berkata sekatan itu adalah tindak balas terhadap perbuatan Israel yang mengetepikan prinsip asas kemanusiaan serta melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin.

Fahmi juga berkata sekatan itu dijangka tidak menjejaskan operasi dari segi perkapalan dan penggunaan pelabuhan.

“Saya tidak ada angka spesifik berapa peratus daripada syarikat yang memasuki pelabuhan kita destinasinya ke Israel tetapi saya percaya jumlahnya tidak terlalu besar,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bracell welcomes Fernando Branco’s appointment to lead ABAF and reinforces commitment to sustainable forestry...

Bracell has welcomed Fernando Branco's appointment as ABAF president, reaffirming its commitment to sustainable forestry, responsible governance and environmental stewardship while supporting collaboration, biodiversity conservation and long-term development of Bahia's forestry sector.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings