the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tanah runtuh: Pemasangan cerucuk besi dijangka siap empat hari – MBSJ

PUCHONG: Kerja-kerja pemasangan cerucuk besi bagi mengawal pergerakan tanah di kawasan tanah runtuh di Jalan Wawasan, Taman Wawasan, di sini, dijangka siap dalam tempoh tiga ke empat hari lagi.

Yang Dipertua Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata setakat hari ini sebanyak 121 daripada 375 cerucuk telah selesai ditanam.

“Lepas kerja pemasangan cerucuk besi selesai, proses pemulihan tebing kepada (struktur) asal akan dibuat, sebelum diteruskan kemudiannya dengan kerja-kerja menurap jalan, ” katanya kepada Bernama di Pos Kawalan Tempat Kejadian di sini, hari ini.

Beliau berkata pada masa ini, punca kejadian tanah runtuh di kawasan itu masih lagi dalam siasatan Jabatan Mineral dan Geosains.

Sementara itu, tinjauan Bernama di lokasi mendapati beberapa anggota polis dan bomba masih membuat pemantauan berkala di lokasi tanah runtuh. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Aberdeen Technical School “ATS Robot” Wins 1st Runner-Up at Robofest World Championship

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 - The robotics team from Aberdeen Technical School (ATS), ATS Robot, has shone brightly on the academic innovation and technology stage in recent years.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings