the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ibu kepada remaja yang ditemukan lemah di masjid selepas hilang dari asrama buat laporan polis

KUALA LUMPUR: Ibu kepada pelajar lelaki sebuah sekolah berasrama penuh di Cheras yang melarikan diri kerana dikatakan tidak tahan dibuli, hari ini membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Beliau berkata laporan polis dibuat di Pondok Polis Hospital Cancelor Tuanku Muhriz (HCTM) di sini pada pukul 11.16 pagi.

“Saya buat laporan polis secara berseorangan kerana anak saya masih menerima rawatan di HCTM. Anak saya semakin pulih, dan sudah bersedia untuk beri keterangan kepada pihak polis sekiranya diperlukan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin (gambar) ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan polis berkenaan.

Pada 8 Dis lepas seorang pelajar sekolah berumur 14 tahun di Cheras ditemukan dalam keadaan lemah oleh ibu bapanya dan guru sekolah di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak, beberapa jam selepas dilaporkan hilang dari asrama. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings