the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perpaduan negara berada pada tahap terbaik

KOTA BHARU: Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun sekali gus menggambarkan perpaduan semasa dalam kalangan rakyat Malaysia berada pada tahap yang baik.

Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Datuk Azman Mohd Yusof berkata situasi ini membuktikan program serta pelbagai inisiatif dilaksanakan oleh kementerian telah membuahkan hasil dan mendapat kefahaman yang baik khususnya mengenai perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum.

Beliau berkata daripada maklum balas yang positif berkenaan pihaknya menyasarkan untuk mencapai IPNas sebanyak 0.7 peratus menerusi dapatan kajian yang akan dijalankan tahun ini berbanding 0.6 peratus hasil dapatan pada tahun lepas.

“Pelbagai program dan inisiatif telah dijalankan oleh kementerian untuk memantapkan perpaduan dalam kalangan masyarakat termasuk kerjasama kefahaman agama yang mendapat kerjasama ketua-ketua agama pelbagai kaum di bawah program Jejak Harmoni.

“Menerusi program ini kita bincang apa-apa bentuk aktiviti yang boleh diperkenalkan dalam usaha untuk menghormati agama antara satu sama lain selain aktiviti untuk mendidik rakyat tentang perpaduan. Ini yang kita cari, bukan melanggar mana-mana sempadan atau sebagainya,” katanya kepada pemberita di Majlis Penutup Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kelantan, di sini hari ini.

Azman berkata pihaknya tidak menafikan ada kumpulan tertentu yang cuba ‘membakar’ atau menyentuh sensitiviti isu perkauman khususnya di media sosial memandangkan mereka tidak memahami tentang dasar-dasar yang dilakukan oleh kerajaan.

“Di kementerian kami telah menwujudkan sistem e-Sepakat untuk menerima sebarang aduan termasuk isu sensitif dan juga 3R.

“Menerusi sistem berkenaan kita telah menerima sebanyak 47 aduan setakat ini dan setiap bulan kita akan melaporkan isu atau aduan yang diterima kepada Jemaah Menteri,” katanya.

Beliau berkata setakat ini, ia terkawal dan kementerian ini bekerjasama dengan pelbagai agensi lain serta penguat kuasa berhubung isu perpaduan negara.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings