the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

26 motosikal musnah dalam kebakaran di kawasan parkir asrama UniMAP

KANGAR: Sebanyak 26 motosikal musnah dan 10 lagi mengalami kerosakan kecil selepas kawasan parkir asrama lelaki Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Pauh, Arau terbakar awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Arau Supt Ahmad Mohsin Md Rodi berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 4.43 pagi.

“Punca kebakaran masih belum diketahui dan masih menunggu laporan pemeriksaan dari Forensik Bomba. Pegawai Penyiasat Jenayah telah melawat tempat kejadian untuk siasatan awal,“ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis Penguasa Kanan Bomba I Mohd Zaidi Ma’at berkata operasi memadam kebakaran tamat pada 5.52 pagi melibatkan seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Arau.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings