the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hujan lebat tidak halang rakyat hadir bertemu Sultan Johor pada jamuan teh di Kluang

KLUANG: Hujan lebat ketika Majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat tidak menghalang kira-kira 3,000 rakyat di daerah ini dan Batu Pahat untuk berada di Dataran Tasik Kluang, di sini, hari ini bagi melihat Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dengan lebih dekat lagi.

Terdahulu, keberangkatan tiba Sultan Ibrahim pada pukul 3 petang itu cukup menggembirakan rakyat Johor, lebih-lebih lagi mereka yang mahu meraikan baginda yang akan melaksanakan tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, tahun hadapan.

Rata-rata rakyat yang ditemui dalam majlis berkenaan, gembira dan teruja dengan pemilihan Sultan Johor sebagai Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh lima tahun bermula 31 Januari, tahun hadapan.

Bagi pesara, Mohd Ali Shahbuddin, 60, dia berbangga kerana Sultan kesayangan rakyat negeri ini dipilih.

“Saya berharap agar baginda dapat meneruskan aktiviti bersama rakyat seperti yang diadakan pada hari ini (jamuan teh) tetapi ia dapat diadakan dengan lebih besar dan meriah lagi di peringkat nasional pula,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis itu.

Sementara itu, Tan Geok Seng, 35, berharap agar baginda dapat menjaga rakyat di seluruh negara sebagaimana yang dilakukan kepada rakyat Johor dengan cukup prihatin.

Dalam pada itu, Harry Daniel Tibin, 23, berkata Sultan Johor merupakan Sultan kesayangan rakyat Johor, seorang individu yang sangat baik yang disayangi, dihormati dan dikasihi.

“Apabila baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong kelak, diharap akan turut disayangi oleh seluruh rakyat Malaysia. Kami di Johor pasti akan merindui Sultan kesayangan kami ini dengan pelbagai program dan aktiviti bersama rakyat,” katanya.

Jamuan Teh Bersama Rakyat Kluang dan Batu Pahat yang diadakan di Dataran Tasik Kluang itu, merupakan majlis jamuan teh terakhir setelah ia dilaksanakan di tiga lokasi sebelum ini.

Sebelum ini, majlis itu diadakan di Dataran Tanjung Emas (4 Dis) bagi meraikan rakyat di Daerah Muar, Segamat dan Tangkak; di Stadium Mersing (7 Dis) untuk rakyat di Mersing dan Kota Tinggi sebelum diadakan di Dataran Majlis Perbandaran Pontian pada 11 Dis untuk rakyat di Pontian, Johor Bahru dan Kulai.

Hadir sama, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri serta pegawai kerajaan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings