the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hatrik Muhammad Azrai Aizad bantu Speedy Tigers kejutkan New Zealand 6-4

IPOH: Juara bertahan, Malaysia mempamerkan aksi hebat apabila mengejutkan pasukan nombor 10 dunia New Zealand 6-4 pada perlawanan ketiga Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2024 di Stadium Hoki Azlan Shah di sini malam Selasa (Mei 7).

Kemenangan kedua Speedy Tigers selepas membenam Kanada 6-2 kelmarin menyaksikan penyerang Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal melakukan hatrik kedua pada perlawanan dalam keadaan cuaca hujan.

Bagaimanapun, anak buah Sarjit Singh tidak menunggu lama untuk merobek gawang pasukan Sukan Olimpik Paris 2024 itu dengan jaringan padang Faizal Saari seawal minit kedua perlawanan.

Malaysia, pasukan ranking ke-13 dunia, menambah jaringan kedua tiga minit kemudian menerusi pukulan sudut penalti Muhammad Azrai Aizad’ sebelum pemain muda Azimuddin Syakir Kamaruddin menceriakan kira-kira 4,000 penonton dengan jaringan ketiga pada minit keenam.

Muhammad Azrai Aizad sekali lagi menemukan sasaran apabila menyudahkan hantaran cantik Shello Silverius pada minit ke-14 untuk mengukuhkan kedudukan sebelum skuad Black Sticks bangkit untuk mengejar ketinggalan 3-0.

Jake Smith menghasilkan gol pertama New Zeland menerusi jaringan padang pada minit ke-19 dan pukulan penalti pada minit ke-28 oleh Jonty Elmes.

New Zealand, juara dua kali mempunyai peluang untuk merapatkan jurang menerusi pukulan penalti kedua daripada Elmes dengan hanya 18 saat sebelum rehat tetapi penjaga gol Muhammad Hafizuddin Othman menepis bola di sebelah kanan untuk mengekalkan kedudukan 4-2.

Selepas suku ketiga tanpa jaringan, Speedy Tigers meneruskan pesta gol pada suku terakhir apabila Muhajir Abdul Rauf menolak masuk hantaran Muhammad Azrai Aizad pada minit ke-52.

Jurulatih New Zealand Greg Nicol kemudian memilih ‘power-play’ v(tanpa penjaga gol dengan memasukkan pemain lain) dan percaturan itu membuahkan hasil dengan jaringan pukulan sudut penalti Scott Cossslett pada minit ke-58.

Bagaimanapun, taktik itu membawa padah apabila Speedy Tigers menjaringkan satu lagi gol pada minit ke-60 menerusi serangan balas daripada Muhammad Azrai Aizad untuk melengkapkan hatrik kedua pemain berusia 24 tahun itu.

Issac Houlbrooke menjaringkan gol keempat New Zeland pada 18 saat perlawanan tamat untuk aksi menghirkan itu berkesudahan 6-4.

Muhammad Azrai Aizad menjaringkan hatrik pertama ketika menentang Pakistan Sabtu lalu.

Malaysia tewas tipis 5-4 kepada Pakistan sebelum bangkit untuk menewaskan Kanada 6-2 manakala New Zeland membelasah Kanada 7-2 dan tewas 1-4 kepada Jepun.

Sarjit menyifatkan jaringan awal di sebalik kesilapan lawan membolehkan mereka mendahului 4-0 sebelum membenarkan New Zealand bangkit semula.

“Barisan depan memainkan peranan hebat dan perlu memperkukuhkan bentang pertahanan ketika di bawah tekanan pihak lawan dan semua pemain menampilkan aksi yang komited dan secara perlahan-lahan kita akan berada di tahap yang sepatutnya,”katanya pada sidang media selepas perlawanan itu.

Beliau memuji prestasi penyerang Faizal, wira hatrik Muhammad Azrai Aizad dan penjaga gol Muhammad Hafizuddin yang dinamakan pemain terbaik perlawanan.

Sarjit menuntut anak buahnya untuk sekali lagi menampilkan aksi terpuji apabila menentang Jepun Rabu ini.

Selepas tiga perlawanan dalam pusingan round-rbin, Pakistan mengungguli kedudukan dengan kelebihan jaringan apabila berkongsi tujuh mata dengan Jepun diikuti Malaysia (enam mata), New Zeland (3), Korea Selatan (3) dan Kanda tanpa sebarang mata.

Dua pasukan teratas akan mencabar gelaran manakala pasukan ketiga dan keempat bersaing untuk kedudukan pingat gangsa.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

BN blends experience and new faces for Johor polls

Barisan Nasional’s mix of veteran leaders and fresh candidates for the Johor state election is the best formula for governing complex challenges, says Mohamed Khaled.

Bank of China (Hong Kong) x Television Broadcasts Limited (“TVB”) “Wealth Management Expo 2026”...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 27 June 2026 - The "Wealth Management Expo 2026", powered by Bank of China (Hong Kong) ("BOCHK") and organised by TVB under the theme of "Empowering Enterprises to Go Global, Pioneering the Blue Ocean of Silver Economy", was successfully held today.

Vinmec Launches Vietnam’s First Integrated High-Tech Robotic Surgery Network, Establishing the Country’s First Multi-Connected...

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire – 27 June 2026 - Vinmec Healthcare System today officially launched its nationwide network of High-Tech Robotic Surgery Centers, marking a major milestone in the advancement of surgical innovation in Vietnam.

Flash Sports & Media, Inc. Unveils Plan to Build the Next Tier of T20...

Tampa, Florida - Newsfile Corp. - June 26, 2026 - Flash Sports & Media, Inc. (NASDAQ: FLZH), a sports media and content company focused on the global cricket industry, today announced the release of its 2026 Investor Presentation filed with the U.S. Securities and Exchange Commission on Form 8-K, outlining the Company's strategic vision to build the first vertically integrated, multi-market T20 cricket platform on a public exchange.

OneGrowth 2026: Shared AI Token Era Ahead China Telecom Global Partner Conference Held

On June 25, 2026, the China Telecom Global Partner Conference convened in Shanghai. Centered on the theme of "OneGrowth 2026: Shared AI Token Era Ahead," the event brought together leading global telcos, key ecosystem partners, and prominent clients from both domestic and international markets.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings