the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia tumpukan penerapan PISMA untuk bangunkan bandar tahan bencana

SINGAPURA: Kementerian Kerja Raya Malaysia akan menekankan penerapan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) untuk menangani isu di kawasan bandar yang sering dilanda banjir sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membangunkan bandar tahan bencana, kata Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Menteri berkenaan dalam ucapannya di pembukaan pleno Sidang Kemuncak Bandar Dunia (WCS), berkata bahawa dalam hal ini, perancangan guna tanah dalam rancangan struktur negeri dan rancangan tempatan akan diselaraskan dengan PISMA ke arah memperbaiki sistem saliran di kawasan bandar untuk mengurangkan kejadian banjir besar.

“Bandar tahan bencana adalah aspek penting dalam pembangunan bandar, terutamanya di negara yang terdedah kepada bencana alam seperti Malaysia.

Pelaburan dalam infrastruktur tahan bencana, sistem amaran awal termasuk penglibatan komuniti adalah kunci untuk membina keupayaan bandar untuk bertahan dan pulih daripada bencana,” katanya.

Menteri berkenaan berkata kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan dasar untuk meningkatkan ketahanan di peringkat tempatan, termasuk Pelan Strategik Pengurangan Risiko Bencana yang dibangunkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, merangkumi peningkatan infrastruktur kritikal untuk mengekang potensi bencana.

Nanta berkata di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya, Dasar Pembinaan Negara 2030 (NCP 2030) diperkenalkan sebagai dasar 10 tahun yang dirumuskan untuk mencerminkan komitmen penuh kementerian dalam memudahkan pemain sektor menjadi lebih tangkas dan kompetitif dalam membangunkan infrastruktur yang mampan.

Beliau berkata “Thrust Two NCP 2030”, salah satu daripada empat strategi yang digariskan, menekankan pembangunan infrastruktur yang berkualiti, boleh dipercayai, mampan dan tahan bencana yang merupakan asas untuk mewujudkan bandar yang tahan bencana.

Nanta berada di Singapura untuk mengetuai delegasi Malaysia ke WCS dan Forum Infrastruktur Asia (AIF) 2024, yang berlangsung selama tiga hari bermula Isnin.

WCS yang dianjurkan secara dwitahunan adalah platform eksklusif bagi pemimpin kerajaan dan pakar industri untuk menangani cabaran bandar yang boleh didiami dan mampan, berkongsi penyelesaian bandar bersepadu dan menjalin perkongsian baharu.

Beliau juga dijadualkan bertemu dengan Menteri Pembangunan Negara Singapura, Desmond Lee, hari ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings