the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MB: Lipis diperakui sebagai Geopark Kebangsaan

KUANTAN: Daerah Lipis di Pahang kini telah diperakui sebagai Geopark Kebangsaan dan merupakan yang terbesar di negara buat masa ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah memperakui daerah tersebut sebagai Geopark Kebangsaan menerusi Mesyuarat Geopark Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausahanya Dr Ching Thoo semalam.

“Selaras dengan perakuan ini, daerah Lipis dikenali sebagai Lipis Geopark bermula 9 Nov.

“Pengiktirafan ini membuktikan pembangunan di daerah Lipis berupaya menjadi sebuah tapak mesra warisan dan alam sekitar serta seterusnya berpotensi sebagai destinasi pelancongan lestari bertaraf antarabangsa,” katanya menerusi catatan di Laman Facebook rasmi beliau hari ini.

Menurutnya, Lipis Geopark berkeluasan 5,198 kilometer persegi itu meliputi keseluruhan daerah Lipis dengan 28 tapak warisan geologi, 18 tapak warisan budaya dan enam tapak warisan biologi.

Antara kawasan yang diangkat sebagai tapak Geopark Kebangsaan ialah Galeri Aspirasi Lipis Geopark, Geotapak bernilai Kebangsaan (Zon Sutura Bentong-Raub,Jujukan Perms-Trias Gua Bama, dan Kuala Sungai Lipis) selain Geotapak bernilai Geopelancongan (Ketakselarasan Gua Tahi Bintang, dan Gua Sisik Naga).

Pelaksanaan Lipis Geopark ini adalah selari dengan draf perancangan Blueprint Pahang Destinasi Warisan Dunia (2024-2028) untuk menjadikan ia sebagai destinasi bertaraf dunia bagi pengiktirafan tapak berjenama UNESCO di bawah kategori Tapak Warisan Dunia (WHS), program Manusia dan Biosfera (MAB) dan UNESCO Global Geopark (UGGp).

Dalam pada itu, Wan Rosdy menzahirkan penghargaan kepada semua pihak terutamanya Perbadanan Taman Negeri Pahang (PTNP) yang telah berusaha menjadikan daerah tersebut sebagai Geopark Kebangsaan.

“Saya juga berharap penglibatan yang aktif oleh komuniti tempatan dan pihak berkepentingan, menjadikan wilayah Geopark Lipis berada di landasan yang tepat bagi diangkat sebagai UNESCO Global Geopark pada tahun 2025,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings