the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
32.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SPRM tahan eksekutif wanita disyaki terima rasuah kira-kira RM45,000

PUTRAJAYA: Seorang eksekutif di syarikat yang membekalkan sistem pengurusan pekerja asing ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM45,000.

Eksekutif wanita dalam lingkungan 20-an itu disyaki menerima rasuah sebagai balasan membuat pertukaran ejen pengambilan pekerja asing warga Bangladesh melalui sistem komputer dan dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara Jun dan Oktober tahun ini, kata sumber SPRM.

Menurut sumber itu, wanita berusia lingkungan 20-an itu ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya di sini pada pukul 5 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan.

Wanita itu kini direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 16 Nov selepas Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Putrajaya Azizul Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings