the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Peniaga didenda RM1,500 miliki 41 pucuk senjata tiruan tanpa kebenaran

MELAKA: Seorang peniaga barangan hobi didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini kerana memiliki 41 pucuk senjata tiruan tanpa kebenaran.

Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman menjatuhkan hukuman itu terhadap Hamdihafizi Ab Karim, 33, dan memerintahkannya dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Hamdihafizi dituduh memiliki 41 pucuk senjata tiruan iaitu pistol, raifal dan senapang patah selain busur dan ball bearing tanpa kebenaran yang sah di sebuah premis di Lot 86, Jebat Street Klebang, pada 10 malam 14 Ogos lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau denda maksimum RM5,000.

Hamdihafizi yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon denda paling minimum kerana dia hanya bekerja sebagai peniaga barangan hobi manakala Timbalan Pendakwa Raya Nor Asnini Kamarudin memohon hukuman setimpal agar menjadi pengajaran kepada tertuduh. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings