the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, October 15, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiga termasuk warga emas terselamat insiden tanah runtuh

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

IPOH: Seorang wanita warga emas antara tiga individu terselamat dalam insiden tanah runtuh di Kampung Dato Ahmad Said Tambahan Baru 1, Manjoi dekat sini petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata wanita berusia 73 tahun bersama dua lelaki tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan berhubung runtuhan itu pada 4.34 petang, sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru dengan bantuan BBP Pasir Puteh digerakkan dan tiba kira-kira setengah jam kemudian di lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi mendapati tanah runtuh berlaku di tepi rumah lereng bukit yang berkeluasan kira-kira 10×80 kaki persegi.

“Tindakan yang dijalankan oleh anggota BBP Pasir ialah mengosongkan rumah yang terlibat,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata anggota bomba turut mengalihkan sebuah van yang terperangkap dalam runtuhan berkenaan. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img