the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
29.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penduduk di kawasan berisiko banjir diminta ambil langkah pencegahan, patuhi arahan

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa penduduk di kawasan berisiko banjir mengambil langkah pencegahan sewajarnya selain mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelak dan mengurangkan impak bencana terhadap nyawa serta harta benda.

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, berkata hujan lebat sejak beberapa hari lepas menyebabkan kawasan rendah dinaiki air manakala paras air sungai utama menunjukkan trend menaik.

Beliau berkata setakat 12 tengah hari tadi, enam daerah di Perak, Selangor serta Pahang terjejas banjir dan sejumlah 881 orang daripada 237 keluarga direkodkan berada di 12 pusat pemindahan sementara.

Katanya Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan setakat 6 pagi tadi, terdapat tiga sungai dengan bacaan air di paras bahaya iaitu Sungai Pontian Besar Kulai di Kampung Sri Paya, Johor Bahru; Sungai Perak di Changkat Jong dan Sungai Langat di Bangi Lama manakala Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) pula telah mengeluarkan ramalan cuaca signifikan bagi tempoh 6 hingga 8 Nov ini.

“Berdasarkan analisis model cuaca tersebut, ribut petir beserta hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kebanyakan tempat di kawasan pedalaman dan barat Semenanjung, utara Sarawak serta barat Sabah terutama pada sebelah petang hingga malam sepanjang tempoh ramalan,“ menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid turut menyarankan penduduk di kawasan yang mudah terkesan banjir agar merujuk maklumat terkini daripada sumber sahih.

“Saya berdoa dan berharap agar kejadian ini tidak membawa kerosakan yang besar serta semua mangsa tabah dan sabar melalui dugaan ini,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Striding AI Announces Plans to Develop Next-Generation Robotic Foundation Systems for Physical AI Deployment

BEIJING, CHINA - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Striding AI today announced that it is developing a new generation of robotic foundation systems designed to accelerate the deployment of Physical AI in real-world environments.

Impossible Marketing Unveils ImpossiblePlus™ AI SEO Solution for Singapore Businesses

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Impossible Marketing, Singapore's leading SEO agency and pioneer of AI SEO, has announced the launch of ImpossiblePlus™ — a proprietary AI visibility platform built to help businesses track how their brand is being recommended, cited, and positioned across AI-powered search engines.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings