the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, October 15, 2026
32.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kanak-kanak enam tahun meninggal dunia disyaki didera penjaga

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun disahkan meninggal dunia disyaki didera dan diabaikan oleh penjaganya di sebuah flat perumahan di Bandar Tun Razak di sini Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin (gambar) berkata mangsa yang merupakan warga tempatan itu telah dihantar ke Hospital Tunku Azizah di sini dalam keadaaan tidak sedarkan diri kira-kira 3.40 petang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia pada hari yang sama dan disyaki terdapat unsur penderaan serta pengabaian oleh penjaga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zam Halim berkata siasatan awal mendapati kira-kira 11.30 pagi pada hari kejadian, mangsa sedang tidur di dalam bilik ketika bapa mangsa keluar untuk membeli makanan.

“Pada 2.30 petang, bapa mangsa telah menjumpai mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas balik ke rumah.

“Polis juga sudah merakam keterangan bapa mangsa dan setakat ini belum ada tangkapan dibuat,” katanya.

Beliau berkata mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi Hotline Polis Cheras menerusi talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Long Lellang helicopter crash report to be presented to Cabinet tomorrow

The preliminary investigation report into the helicopter crash in Long Lellang, Sarawak, which claimed five lives last month, is expected to be presented to the Cabinet tomorrow (Oct 16).

Mesra Run 2.0 draws 2,000 participants in Terengganu despite haze

Mesra Run 2.0 attracted 2,000 participants on Oct 10, double the approximately 1,000 who took part in its inaugural edition last year, despite route changes due to hazy conditions.

Most Viewed

spot_img