the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Zahid: Malaysia, China sedia kongsi kepakaran tangani isu keganasan global

PUTRAJAYA: Malaysia dan China bersedia berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam menangani isu keganasan global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar).

Beliau berkata persetujuan itu dicapai dalam pertemuan lebih sejam beliau bersama Penasihat Negara merangkap Menteri Keselamatan Awam China Wang Xiaohong, yang mengadakan kunjungan hormat kepadanya di Sri Satria di sini hari ini sempena lawatan kerja tiga hari Wang ke Malaysia.

“Pertemuan hari ini juga memberi peluang untuk mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara dalam berhadapan cabaran berkaitan keselamatan sejagat di Asia dan juga dunia, amnya,“ katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat daripada Wang.

Ahmad Zahid berkata dalam pertemuan itu, beliau dan Wang juga bertukar-tukar pandangan mengenai isu semasa dan antarabangsa terutama berkaitan aspek keselamatan yang memerlukan kerjasama antara kedua-dua negara.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata Malaysia menyokong Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) kerana yakin ia membawa manfaat dan limpahan daripada projek di bawah BRI itu.

Ahmad Zahid juga berhasrat untuk melakukan lawatan ke China atas jemputan Presiden China Xi Jinping dan Wang pada awal tahun hadapan.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China dan kedua-dua negara juga akan menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik pada 2024.

Sementara itu ketika mengulas keputusan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) meluluskan rang undang-undang (RUU) berhubung sekatan terhadap pihak luar yang menyokong Hamas dan pergerakan Jihad Islam Palestin, Ahmad Zahid berkata Malaysia mempunyai pendiriannya sendiri dan mana-mana negara perlu menghormatinya.

“Tentunya Malaysia mempunyai pendirian sendiri dan kita mesti memberitahu mana-mana negara mesti menghormati kemerdekaan dan kedaulatan sesebuah negara itu,“ katanya.

Pada 1 Nov lepas, Dewan Perwakilan AS meluluskan RUU berhubung pencegahan pembiayaan antarabangsa Hamas yang akan membenarkan sekatan dikenakan terhadap pihak luar yang menyokong Hamas dan pertubuhan Jihad Islam Palestin. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber resilience defined by integration, not spend

Higher cybersecurity spending alone is not enough to strengthen Malaysia’s cyber resilience, as fragmented technology environments, the rapid pace of digitalisation, and a shortage of specialised talent continue to limit organisations’ cybersecurity maturity, according to US-based cybersecurity company Palo Alto Networks.

Akmal backs France, Brazil, Portugal for World Cup glory

Akmal believes the trio possess the quality, depth and balance needed to go all the way with France remain among the strongest contenders due to the abundance of attacking options available to the squad.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings