the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Titah Agong: Supaya jaga Missclyen sebaik-baiknya jadi pegangan Roland

BINTULU: “Jaga anak rahmat Tuhan ini dengan sebaik-baiknya”.

Titah pesanan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu akan terus menjadi pegangan Roland Jimbai, bapa kepada anak istimewa Missclyen Roland yang diambil menjadi anak angkat Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah baru-baru ini.

Titah yang disampaikan Al-Sultan Abdullah semasa persinggahan konvoi Kembara Kenali Borneo di Kampung Penan Muslim Batu 10, di sini pada Sept lepas menjadi permulaan kepada hubungan antara keluarga Roland dengan pasangan diraja itu.

“Pada masa itu saya fikir mungkin kita tidak dapat berjumpa (Seri Paduka Baginda) kerana pada masa itu orang terlalu ramai tetapi kami bersyukur kerana rezeki untuk berjumpa itu ada.

Perjumpaan itu sangat singkat tapi saya ingat Al-Sultan Abdullah minta agar saya jaga Missclyen dengan baik, perkara itu yang saya ingat sampai sekarang,” katanya semasa ditemui pemberita di sini, hari ini.

Missclyen yang dilahirkan dengan wajah dan tubuh berbulu lebat akibat sindrom congenital generalised hypertrichosis (CGH), bersama ibu bapanya menarik perhatian umum apabila dapat mengabadikan pertemuan singkat menghadap Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah ketika konvoi Kembara Kenali Borneo singgah di pekarangan Masjid Al-Falah, Kampung Penan Muslim Batu 10, Bintulu-Miri pada 10 Sept lepas.

Semalam, menerusi satu hantaran di media sosial, ibu kepada Missclyen, Theresa Gunting memaklumkan menerima warkah daripada Istana Negara yang menyatakan kesudian Tunku Azizah untuk mengambil Missclyen, dua tahun, sebagai anak angkat.

Dalam warkah bertarikh 10 Okt itu, Tunku Azizah menzahirkan hasrat baginda membiayai belanja persekolahan Missclyen selain rawatan penyakit Hypertrichosis atau “Sindrom Werewolf” yang dihidapi kanak-kanak perempuan itu.

Sementara itu, Roland sempat menceritakan pengalaman bagaimana beliau dan keluarganya sebelum ini pernah dicemuh disebabkan keadaaan anaknya yang dilahirkan pada 2021 itu.

“Sejak kelahiran Missclyen pelbagai perkataan telah saya dengar mengenai anak saya. Walaupun air mata saya jatuh tetapi saya tetap kuat untuk mendidik dia setakat mana yang saya mampu,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

VinEnergo partners with SunAsia Energy to develop solar-on-water projects integrated with aquaculture in the...

VinEnergo and SunAsia Energy will develop three Solar-on-Water projects totalling 422MWp in the Philippines, supplying clean electricity to around 278,000 households while integrating renewable energy generation with sustainable aquaculture.

Results of the IX Digital Asset Industry Classification System (“DAICS®”) 1H 2026 Review

IX Asia Indexes today announced the 1st Half 2026 Review of the IX Digital Asset Industry Classification System ("DAICS®"), aiming to provide professionals worldwide with a transparent and standardized classification scheme to determine sector and exposure of particular digital assets.

Klinik Tuah welcomes its 10,000th knee pain patient in under five years

Klinik Tuah has treated its 10,000th knee pain patient in under five years, marking a milestone in delivering accessible, non-surgical knee care while aiming to help 35,000 patients across Malaysia by 2030.

Security is the new market access: Kigen is leading the IoT security mandate

Kigen says cybersecurity is becoming a prerequisite for market access, highlighting how the EU Cyber Resilience Act and secure eSIM technology are reshaping IoT manufacturing through compliance, resilient connectivity, and long-term trust.

YF Life clinches Hong Kong Economic Journal’s “Outstanding Application of Diversified Investment Strategies” award...

YF Life has won the Hong Kong Economic Journal's "Outstanding Application of Diversified Investment Strategies" Award for the second consecutive year, recognising its "Invesurance" approach, diversified asset allocation strategy, and commitment to delivering sustainable long-term value and financial strength for clients.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings